Hiburan

Eira Syazira Syukur Ada Pak Azad, Tulis “Appreciation Post”

Share

Biarpun sudah 13 tahun melayari bahtera perkahwinan namun hubungan pasangan selebriti ini masih segar.

Eira Syazira dan Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mendirikan rumahtangga pada tahun 2011.

Mereka dikurniakan 3 orang puteri comel hasil sepanjang perkahwinan.

Menerusi hantaran “appreciation post” di akaun Instagram Eira, beliau berkongsi video Pak Azad menyiapkan anak mereka.

 

Eira melahirkan rasa syukur dengan kehadiran suaminya dalam hidup.

“Appreciation has tremendous power. Beautiful thing is not beautiful until someone appreciates it. Love you and sihat terus suamiku”, tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan yang positif.

“Sesibuk mana pon daddy tetap nampak hebat depan mata anak-anak,” – Netizen

“Bagus Pak Azad, what a loving husband and dad,” – Netizen

Untung diberikan pasangan yang sangat membantu dan ambil berat dalam kehidupan seharian.

MESTI BACA : “Sesuailah Dengan Nama Manja Mak Hang Bagi” Tak Padan Anak 3, Pak Azad Masih Makan Bersuap!

“Macam Kajol Dah.” Wargamaya Puji Anak Kedua Pak Azad & Eira Syazira

”Pak Azad, Makan Sahur Macam Berbuka.” Cara Eira Santuni Suami Ketika Sahur, Tarik Perhatian Warganet.

SUMBER : Instagram Eira Syazira

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my