“Eh Please La Jangan” Ayda Jebat Pesan Jangan Main Cium Bayi Orang Waktu Beraya

Share

Sambutan hari raya tahun ini bertambah meriah dan menyeronokkan buat pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang sudah bergelar ibu ayah.

Kehadiran puteri sulung, Ana Nayla memberi erti bermakna Aidilfitri kepada mereka berdua.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil di zaman virus COVID-19, Ayda tidak terkecuali turut berasa bimbang memikirkan keselamatan anaknya yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi mudah terkena jangkitan pelbagai virus penyakit.

Justeru Ayda menitipkan tips pesanan kepada orang ramai sepanjang musim hari raya ini supaya sama-sama saling menjaga diri sendiri dan orang lain.

Selaku seorang ibu, Ayda mengingatkan kepada pengikutnya agar meminta izin dari ibu bapa sebelum menyentuh dan memegang anak orang lain terutama yang masih bayi.

Katanya jangan sesuka hati cium anak orang tanpa meminta izin daripada ibu bapanya. Selain daripada itu ada banyak lagi pesanan yang dikongsi oleh Ayda.

Tips balik raya!

1. Jangan tanya ‘kau bila nak kawin eh?’
2. Jangan bandingkan kerja anak orang dengan anak sendiri.
3. Minta izin kalau nak pegang anak orang, lebih-lebih lagi kalau bayi.
4. Jangan main cium anak orang / bayi orang. Eh… please la jangan.
5. Servis kereta, check keadaan kereta.
6. Bersihkan & kunci rumah.

Wajib Buat Swab Test

Walaupun negara sudah berada dalam fasa peralihan endemik tetapi Ayda mengakui dia dan Nabil mempunyai peraturan mereka sendiri iaitu mewajibkan sesiapa yang hendak datang ziarah raya ke rumah orang wajib membuat ujian swab test di kedua belah pihak.

Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan memandangkan ada sesetengah orang langsung tiada sebarang gejala apabila positif COVID-19.

Kalau our rules, nak datang jumpa atau nak ke rumah orang both side wajib swab test send to each other. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebab ada yang kena tapi tak bergelaja kan? Kita jaga kita okay? 

Baju Nursing Friendly Mudah Menyusu Anak

Memahami perasaan ibu bapa yang ada anak kecil, Ayda berkongsi beberapa tips beraya yang dipersetujui oleh ramai pengikut Instagramnya yang turut mempunyai anak.

Tips beraya kita sambung.

1. Jangan tanya ‘bila nak ada anak?’ Nah 🌶 sapa yang tanya.

2. Jangan paksa budak kecik cium pipi bila nak bagi duit raya. ‘Kiss dulu baru dapat’ nak bagi, bagi je. No kiss kiss yer.

3. Kalau yang datang pakai mask, let them be. Jangan cakap ‘ah poyo siap pakai mask’ their choice.

4. Jangan main paksa or sumbat anak orang makan. Ada anak yang ada allergic, ada makanan yang mereka tak boleh makan. Kalau sakit, ibu ayah anak tu jugak yang kena jaga, yang kena bayar bil hospital, yang sedih tengok anak tak sihat.

5. Mommy yang breastfeed bersedia dengan baju yang ada zip / butang di depan! Dan bawak kain untuk tutup while feeding. Baju saya pakai ni daripada @arianirtw ada zip tengah! Senang nak breastfeed Ana Nayla. I love it! 

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: Instagram @aydajebat