Efek Stres Ibu Ayah Banyak Buruknya. Sila Takenote Pesanan Dr Ni!

Share

Tahukah anda, anak yang sentiasa berkelakuan meragam, mengamuk dan pelbagai lagi sikap yang pada pandangan mata kita sebagai orang tuanya sentiasa bermasalah, adalah hakikatnya terjadi berpunca daripada  kita sebagai orang tuanya.

Perkaitan ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Diharap selepas ini, kita lebih bijak memainkan peranan sebagai ibu ayah. Jom semak.


Kita selalu je terlupa nak tinggalkan emosi yang tengah berserabut tu kat luar pintu rumah.

Lepas tu mulalah sibuk duk rasa pelik, rasa bingung dan tertanya-tanya,

“Kenapalah anak aku ni suka sangat meragam, menangis dan mengamuk tak tentu pasal…”

Rupanya kalau kita periksa betul-betul, anak kita tu cuma terkesan dengan emosi kita sendiri.

Boleh jadi si ayah tak sengaja tertengking si kecil tu sebab dah penat sangat dengan rutin kat tempat kerja.

Boleh jadi mak pulak tak sengaja marah-marah sebab minda dah berserabut seharian mengurus hal rumah. Kadang tu tak sedar emosi berterabur disebabkan efek Pre-Menstrual Syndrome (PMS) nya.

Boleh jadi jugak dua-dua terlupa nak bertenang dan buang jauh-jauh stress dari tempat kerja sebelum melangkah masuk ke rumah.

Bila dah macam tu mata kita pun asyik nampak si anak tu bermasalah, selalu duk buat perangai pelik-pelik. Padahal dia jadi macam tu efek dari emosi kita yang tak terurus tadi. Kesian sangat kat si kecil tu.

Sebab tu benda paling penting sebenarnya kita kena usaha untuk belajar tenangkan diri dan kawal emosi kita ni dulu sebab anak kita pun akan belajar bertenang bila dia dapat rasakan ketenangan tu dari mak ayah dia sendiri.

Tolong kongsikan ilmu penting ni dengan pasangan kita ye demi kebaikan keluarga kita sendiri jugak.

sumber : Ahmad Luqman Bukhari