‘Durian Tetap Manis dan Fresh Walaupun Sudah Setahun Disimpan.’ Mudah Sahaja Caranya

Share

Siapa yang tak suka makan durian? Majoriti masyarakat Malaysia memang menggemari buah ini. Walaupun buah ini bermusim tapi peminat-peminat raja buah ini sanggup menunggu dan berbelanja besar bagi mendapatkan buah yang digemari ini.

Malah kini, buah durian boleh didapati dengan pelbagai jenis. Dari durian kampung hinggalah ke musang king. Malah ramai juga yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengusahakan kebun durian kerana selalu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Seperti yang kita tahu, buah durian ini cepat ‘merekah’. Boleh dilihat jika kita menyimpan buah ini dengan tempoh masa yang lama, air akan keluar dan buah ini tidak akan manis seperti sewaktu kita makan yang ‘fresh’.

Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana sebenarnya buah durian ini boleh disimpan lama dan kemanisannya masih kekal. Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang telah mengamalkan cara ni sekian lama.

Ikuti cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria di bawah.

Saya nak tunjuk cara simpan durian frozen. Sapa yang tak ada dusun boleh beli dan cuba cara ini. Mudah sahaja.

1. Wrapkan pangsa dengan wraper.


2. Masukkan dalam tupperware.

3. Kemudian masukkan dalam peti sejuk dan frozenkan.

Dah lama pun masih boleh dimakan dan rasa tetap manis. Memang sedap!

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club