Kegembiraan Tahfiz Muda ini mendapat ahli keluarga baru bertukar duka bila mana dia diuji dengan kehilangan anak keduanya itu. Muzammil Hasballah, penghafaz muda yang berasal dari negara Indonesia ini.
Beliau cukup dikenali dengan keupayaannya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan nada yang merdu dan menenangkan.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Muzammil Hasballah memberitahu, bayi keduanya yang diberi nama Ruhi Ghumaisha, telah selamat dilahirkan pada selasa kira-kira pukul 8.36 pagi, waktu Indonesia.
Namun sehari kemudian, Muzammbil berkongsi kisah duka pulangnya puteri tersayang menemui Sang Pencipta.
Biarpun diduga dengan ujian begitu berat, namun tahfiz muda itu jelas tampak redha dan tabah. Dalam satu perkongsian, dia mengimamkan sendiri solat jenazah anak syurganya.
Mendengar alunan bacaannya kali ini, dapat dirasai pilunya hati seorang ayah namun tetap reda dengan ketentuan Ilahi.
Al-Fatihah buat arwah, semoga Muzammbil dan keluarga tabah dengan ujian yang diberikan ini.
Sumber: ig muzammilhb