Dumpling Ayam & Udang, Sedap & Mudah Buat Untuk Beginner!

Share

Sedapnya makan dumpling sambil cicah sos, menu ini kalau makan di restoran boleh tahan juga harganya.

Jadi untuk lebih jimat ada baik anda sediakan sendiri sendir menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Menurut perkongsian Nor Al Fatihah, meski pun pertama kali mencuba menyedikan menu ini, ternyata berhasil.

Ini perkongsiannya.

Saya tak terer bang..tapi saya try

First time makan..first time buat..memang sedap dumpling ni anak-anakpun suka makan..laku keras..sat je licin

DUMPLING AYAM & UDANG

 

Kulit Dumpling (boleh beli yang ready made)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas

Inti Dumpling
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula

Minyak Cili
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -di hiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-di hiris
1/2 sudu teh bijan yg di sangai

Cara-cara Membuatnya
Kulit Dumpling

Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu

Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit

Potong doh kecil2. Ambik satu & canai nipis. Tekap dgn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu

Inti Dumpling 

Blend kering 2 keping dada ayam & 10-15 ekor udang hingga halus

Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati

Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air di tepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas

Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana

Minyak Cili

Panaskan minyak di atas api. Di dlm bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yg saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.

Tuang minyak panas perlahan2 & biar ia mendidih bersama bahan2 tadi seketika, kemudian kacau

Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili

Sumber : Nor Al Fatihah