“Dulu Tak Tahu Harga Sayur, Sekarang Pasar Tani Saya Pergi, Baju Sendiri Lipat. Hidap OCD, Ungku Aziz Akui Suka Buat Semua Kerja Sendiri.

Share

Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sangat sempoi orangnya. Setiap kali memuat naik video atau gambar menerusi instagram, pasti menjadi perhatian netizen.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, bergelar suami isteri pada 20 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ungku Arsalan 10 bulan.

Menurut Ungku Hariz, fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya. Malah akuinya, pelbagai perubahan berlaku pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi selepas menimang cahaya mata sulung.

“Kebanyakan kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bergantung pada isteri. Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala. Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.

“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya  yang kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.

“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.

“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya yang kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.

Dalam pada itu, Ungku juga mengakui sejak berumah tangga banyak perubahan pada isterinya Jihan Muse.

Malah, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.

“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.

“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.

“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama.

Sumber: Astro Gempak & IG ungkuhariz