Personaliti media sosial, Dr Say Shazril bersyukur apabila melihat perkembangan anak sulungnya yang sebelum ini disahkan mempunyai mild autism.
Selepas beberapa sesi terapi bersama pakar, ternyata Aezriel atau lebih manja dipanggil Ace menunjukkan perubahan yang luar biasa. Malah kata Dr Say lagi dia begitu terharu dan berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Aritu saya buat poll & majoriti cakap Ace is a normal boy. For a short while sangat happy saya tengok keputusan poll tu but when reality kicks in, berpijak kembali saya ke bumi yang nyata.
“To many, Ace looks like a normal boy sebab saya pasti ramai yang berfikiran “autism bukan ke selalunya asyik tantrum?”.
“Realitinya autism ni tersangat luas spektrumnya. Ada yang sampai mencederakan diri sendiri & orang lain, hantuk kepala sana, gigit tangan sini & ada juga yang non verbal yakni tersangat limited bahasanya sehinggakan apa yang keluar dari mulutnya hanyalah bunyi-bunyi yang sukar difahami walaupun dah berumur 7/ 8 tahun.
“Saya & wife being an autistic parents pun kadang-kadang terlepas pandang bila ada yang dm kami saying anak mereka autism sebab tengok dari video mereka anak mereka nampak seakan-seakan normal.
“Tapi bila fikir-fikir balik parents mana yang nak tayang anak mereka ber-tantrum, menjerit, hantuk kepala ataupun mengeluarkan bunyi-bunyi yang sukar difahami sebab semestinya kita nak society lihat apa yang kita nak mereka lihat betul tak?
“Jadi kami tersangat memahami parents-parents yang mungkin at 1st susah nak terima “special-ness” anak mereka because that was how we felt when Ace was diagnosed with moderate autism November last year,” tulisnya diruangan kapsyen.
Ads
Menurut Doktor Selebriti ini, dia dan isterinya cepat menyedari dan bertindak pantas demi menampakkan perubahan anak sulung mereka. Dan kini, Ace sudah menampakkan perubahan besar dalam perkembangannya.
“But when we accept it quickly & do something about it quickly, Alhamdulillah that is when we get to see tremendous progress on Ace.
“Dari dulu tak pandang mommy daddy, sekarang kalau nyanyi lagu Johnny Johnny, dia siap tarik muka kami nak tengok reaksi kami.
“Dari dulu seakan-akan tak endah orang sekeliling sekarang kalau kami acah-acah nak tinggalkan Sef, dia akan jerit “mommy daddy, help baby”.
“Dari dulu dia emo taktau nak communicate apa dia nak sekarang “daddy coke”, “wash buntek (buntut)” kalau dia yak, “more biscuit”. Bersambung later, tulis ni buat emotional sikit,” ungkapnya lagi.
Ads
Dr Say sebelum ini berkongsi perkembangan Ace yang dikhuatiri mempunyai masalah autism hingga akhirnya anak kecil itu disahkan mempunyai masalah itu.
Menggelabah, rasa risau yang melampau sehingga tangan kelihatan menggeletar tanpa sebarang sebab yang jelas, mungkin petanda individu tersebut sedang mengalami serangan panik.
Serangan panik boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.Ini yang dinamakan penyakit anxiety disorder, sejenis penyakit mental yang boleh menyebabkan kesukaran untuk menjalani kehidupan secara normal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian facebook DBKL, difahamkan seorang pemandu mengalami anxiety.
Menerusi perkongsian itu dimaklumkan berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan beliau di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang. Di fahamkan kejadian itu berlaku semalam (23 Disember 2022).
Insiden ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas di laluan berkenaan. Walaubagaimanapun, hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan ITIS DBKL serta dibantu oleh pasukan PDRM, situasi telah dapat dikawal dengan segera.
Pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami anxiety, telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya dan kenderaan beliau kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan.
Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.
Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.
Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.
Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.
Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.
Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.
Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.
Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
Itu antara kata-kata pelakon Vila ghazara yang baru menerima anugerah darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka.
Pelakon Datuk Paduka Mustapha Kamal menganggap kejayaan yang diperolehinya selama ini adalah kerana sokongan daripada isterinya, Datin Sri Susan Manen.
Salam …
Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan dorongan dan dokongan seorang isteri .. tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri ..
Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga … berkat kesabaran dan kesungguhan usaha , In sya Allah … dia maha penyayang .
*Abg Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat *
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
JANGAN PERSULITKAN
SUDAHI DENGAN KEBAIKAN .
aamiinn……….
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman facebooknya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dia atas penganugerahan yang diterima pelakon ini.
Isnin lalu, Mustapha dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Beliau kemudian nya memuat naik beberapa keping gambar sewaktu istiadat berlangsung bagi berkongsi kegembiraan tersebut dengan peminatnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...