Dulu Tak Cemerlang Dalam Pelajaran, Tanya Ibu Nak Jadi Apa Besar Nanti, Jawapan Diberi Simple Tapi Deep!

Share

Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik. Sehubungan itu ada yang sanggup menyediakan guru khas atau kelas tambahan agar anak berjaya dalam sebarang peperiksaan.

Namun, setiap anak itu perkembangannya berbeza dengan yang lain. Begitu juga dengan daya pemikirannya. Biarpun dilakukan segala usaha untuk gemilang dalam pelajaran, namun rezeki tidak menyebelahi diri.

Jika itu sudah ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup, harus terima seadanya. Pasti ada hikmah sebaliknya.

Begitulah situasi yang dilalui oleh lelaki ini, Abu Hurairah Roslan bahawa hidup ini perlu menjadi orang yang bermanfaat dan berguna sebagaimana pesanan ibunya.

Katanya, gagal dalam pelajaran membuatkan dirinya keliru mengenai cita-cita. Suatu hari, telah bertanya kepada ibunya mengenai masa depannya, jawapan ibunya sungguh terkesan pada dirinya. Ibunya berpesan agar menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat.

Lalu ia menjadi peganganya hingga kini. Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.

Pesanan ibu yang simple tapi deep!

Masa belajar dulu, Saya berfikir bagaimana nak jadi orang pandai, sedangkan saya paling gagal dalam pelajaran.

Lalu, saya bertanya pada mak.

“Umi nak amat jadi apa besar nanti?”

Mak jawab simple.

“Jadi orang yang berguna. Yang bermanfaat”

Lalu, saya jadikan cita-cita mak sebagai kekuatan. Sebagai pegangan.

Dan berkat itu,

Saya jadi seorang tukang masak dan chef selama 10 tahun.

Pusing satu Malaysia dengan kuali dan senduk. Pusing eropah dan dapat pengalaman mengendalikan cafe di luar negara.

Ya.

Jika tiada cita-cita, jadilah orang yang bermanfaat dan berguna. Sampai bila-bila Tuhan akan bawa kita menjadi manusia yang begitu bermakna.

Dalam pada itu, para netizen juga mengunakan pendekatan begitu untuk memberi kata-kata motivasi kepada anak-anak mengenai masa depan.

Sumber: Abu Hurairah Roslan