Gayanya cukup bersahaja dengan loghat Utaranya yang cukup pekat mengundang tawa sesiapa sahaja yang melihat videonya di laman sosial. Inilah kelebihan yang dimiliki wanita bernama Bella yang cukup tular di laman facebook. Video solekan yang dilakukan secara live mendapat puluhan ribu tontonan pengunjung laman sosial berkenaan.
Anak sulungnya mula menampakkan bakat menjadi seorang model. Menurut Bella, anaknya itu memang banyak mengikut jejaknya lebih-lebih dalam meminati bidang seni solekan.
“Saya dan suami tidak pernah meletakkan sasaran tertentu supaya anak-anak kami memilih bidang yang sama. Sementelah mereka masih kecil dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh kami mahu mereka berjaya dalam pelajaran terlebih dahulu. Tetapi jika besar kelak mereka ingin memilih bidang yang sama seperti apa yang saya lakukan sekarang, saya dan suami tidak menghalang.
“Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, sebagai ibu bapa kami hanya mampu memberi ‘guideline’ selebihnya terserah pada pilihan masing-masing. Kalau diikutkan anak sulung saya ini memang suka memakai mekap. Pantang nampak barang-barang mekap saya ada sahaja yang dia nak cuba. Mungkin kerana dia sudah dibiasakan dengan situasi begini, yelah ke mana sahaja pergi, saya akan angkut semua sekali termasuk suami dan anak-anak. Jadi, tidak timbul isu saya abaikan mereka kerana setiap masa anak-anak berada di samping saya dan suami. Malah, Airis walaupun masih kecil, dia pandai bawa diri dan berdikari.
“Waktu awal-awal saya terjun dalam bidang solekan, suami tengok pelik, tetapi lama-lama dia boleh terima. Malah, saya tidak sangka sambutan hangat dari orang ramai membuatkan permintaan untuk saya adakan kelas mekap diterima dari merata tempat. Suami yang sebelum ini bekerja makan gaji kemudiannya memilih untuk berhenti kerja.
“Jadi, sekarang ini suami hanya bekerja sampingan di pejabatnya selebihnya dia akan mengikut saya. Ini memudahkan kami untuk menguruskan anak-anak dan secara tidak langsung kami berempat sentiasa bersama ke mana saja. Selain membawa ketika mengadakan kelas solekan, kami berempat juga selalu bercuti atau hujung minggu keluar makan atau jalan-jalan,”ujar Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini yang berasal dari Negeri Jelapang Padi.
Bella yang dulunya aktif dalam bidang bakery, kemudian beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak. 2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live. Lebih membanggakan, jumlah pengikutnya kini sudah melebihi sejuta sejak aktif di laman sosial itu tiga tahun lalu
Kahwin muda
Ads
Memiliki dua cahaya mata Airis Alisha, 4 tahun dan Aidil Mikhail, 4 bulan hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad, 28 wanita anggun ini mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usianya menjangkau 25 tahun sudah memiliki keluarga yang lengkap.
“Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella yang namanya kini sudah terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan Brunei dan Singapura kerana pernah dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di sana.
Ads
Ajar anak kenal huruf
Sementara itu, Anuar yang sedikit pemalu dan tidak banyak cakap memberitahu, keselamatan isteri dan anak-anak antara sebab kenapa dia memilih untuk mengikut ke mana sahaja isterinya pergi.
“Memandangkan sekarang ini macam-macam kes berlaku, rasanya tidak salah jika saya mengambil langkah berjaga-jaga. Lagipun anak-anak kami masih kecil dan sekurang-kurangnya apabila Bella sibuk dengan kelas solekan, saya boleh jaga anak-anak. Sekarang ini mereka masih kecil, tetapi kami tidak mahu memanjakan mereka. Soal pendidikan baik saya mahupun Bella sendiri sudah setuju memang itu yang menjadi keutamaan.
“Walaupun sekarang Airis belum bersekolah, insyaAllah tahun depan kami akan menghantarnya ke Sekolah tadika. Sekarang pun, kami sudah belikan dia buku-buku yang bermanfaat dan sesuai untuk pembacaan dengan tahap usianya sekarang. Yang penting ajar benda asas terlebih dahulu supaya Airis kenal huruf jadi mudah apabila masuk sekolah kelak,” ulas Anuar yang juga merupakan anak kelahiran Negeri Kedah.
Ads
Sumber: Majalah Keluarga Nov-Dis 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila melihat sebuah kediaman yang besar tentu kita membayangkan ia sebuah rumah yang besar dengan mempunyai bilik yang banyak.
Namun pernah tak terfikir bahawa kediaman sebegitu sebenarnya mempunyai beberapa buah rumah di dalamnya,
Seorang pengguna yang dikenali dengan nama Puan Inaberkongsi sebuah kediaman beliau bersama suami serta anak-anak yang mempunyai lima buah rumah di dalamnya.
Menurut beliau, anak sulungnya, Syazlia yang juga dikenali sebaagi ‘kak long’, telah memberi ilham kediaman sebegini. Namun hanya sempat tinggal 2 tahun saja setelah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah Syazlia.
Katanya lagi, melahirkan rasa syukur apabila anak-anak dan menantu saling sefahaman biarpun tinggal sebumbung walaupun masing-masing sudah berkahwin. Rumah berkenaan dihuni seramai 16 orang begitu meriah dan bahagia.
“Seronok tinggal dengan anak menantu. Kami semua dah macam kawan-kawan,” ujar puan Ina
Apa yang pasti, tinggal bersama ibu bapanya serta adik beradik lain adalah sesuatu yang membahagiakan walaupun sudah berkahwin. Sunguh inspirasi!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah..rumahku syurgaku.. Satu bumbung 5 rumah satu hati..itulah kami..jiwa kami tetap bersama selamanye..walaupun semua dh kawen..dan punyai anak.
Jom sama2 sedekahkan alfatihah pada anak saya yang duduk tingkat 3 (jiwa saya). SemOga dia sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang pencipta..INSYAALLAH…inilah “shah jehan” yang saya bina utk anak-anak
Untuk privasi..Setiap rumah ada 3 bilik tidor 2 bilik air..dapor juga ruang tamu sendiri..tpi biasala ank2..pastinyee kt bwah juga makanan yg dicari..itulah bahagia..
Rumah kami dari luar. Nampak dari luar macam sebijik rumah, sebenarnya dalam ni ade 5 rumah.. 5 in1. Setiap rumah ada 3 bilik dan 2 toilet lengkap dengan dapur dan ruang tamu.
Pintu rumah utama
Pintu ke 2. Biasa anak-anak guna pintu ni
Tingkat 2 ada 3 anak kat sini. Masing-masing ada dapur dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air..Privasi
Tangga untuk naik ke tingkat 3. Tingkat 3 ada lagi 1 rumah..Tangga ketingkat 3. Paling istimewa. Ada playground tapi kosong tanpa penghuni sbb tuanye dah pindah ketempat yang lagi cantik dan abadi. Playground dibuat utuk memeriahkan lagi tingkat ini..Mama buat supaya adik-adik tidak pernah melupai kaklong..
Ruang kami keluarga besar untuk dengar ceramah, meeting family atau jamuan kecilan. Tempat bacaan yassin untuk kak long/dan gossip anak-anak. Ia di renovate khas setelah kaklongg pergi. Harapan mama supaya masing2 lebih mengingati kak long.
0pen rooftoop yang tak siap lagi pool. Tempat buat bbq dan tgk bintang. Tingkat 3..playground utk cucu-cucu.
Pasangan Datuk Sheikh Muszaphar dan isteri sememangnya terkenal kerana sering berkongsi tip kekeluargaan menerusi laman media masing-masing.
Bahkan, Angkasawan Negara ini juga sangat komited dalam mendidik anak-anaknya sedari awal kelahiran lagi. Terbaru, beliau memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan juga Noah baru sahaja memulakan kelas mengaji Iqra.
Walaupun baru menjangkau usia 3 tahun, kedua-dua anaknya itu tetap bersemangat mengikuti kelas mengaji tersebut. Melalui perkongsian itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu bahawa anak-anaknya itu menggunakan kaedah Baghdadi dalam pembelajaran membaca Al-Quran kerana terbukti keberkesanannya.
Dalam masa yang sama, beliau turut mensasarkan untuk anak kembarnya itu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahu, seperti mana kakak-kakaknya dahulu habis mengaji dalam usia tersebut.
“Sasarannya adalah untuk mereka khatam ketika usia 6 tahun, sama seperti kakak mereka Bella dan Tasha,” Kongsi Sheikh Muszaphar lagi menerusi laman instagramnya.
Dalam masa yang sama, bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui keterujaan anak kembarnya untuk belajar dan sering menunjukkan rasa seronok ketika mempelajari sesuatu.
“Seronok belajar sampai tak nak balik,” katanya. Bagaimanapun, itulah watak si kembar Adam dan Noah menurut Sheikh Muszaphar.
Rupanya ada cara nak bersihkan ayam jika tak nak berbau najis dan hanyir. Mungkin ibu-ibu tak perasan akan hal ini. Jom baca perkongsian dari puan Nurulasyikin Jamaludin.
“Lama x mengepost,Ada sikit perkongsian tips pembersihan ayam supaya x berbau najis&hanyir(bau reban),sblm ni sy dah share kt wall sy,Ari ni baru nak tepek kt wall sini plk,mklmla lama nak menaip nih.
“”Okla..klu nak elakkn ayam bau najis,sila buang kantung bulat yg sy bulatkn tu,kantung tu org ckp kelenjar tp mmg berbau najis,kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sbb dah trpecah masa ayam diproses.
.Jadi, kene perati betul2 sbb wrna kantung tu mcm wrna daging ayam, kedudukan nya betul2 kt bwh buli ayam tu..buang jgn x buang gaissss. Cepit sikit dgn pisau,pastu tolak jer
Kantoi kt kedai makan sy trjmpa mende ni kt ayam goreng depa, patutla bau semacamtobat x pegi dahbuang juga bhgian2 yg geleber2 bwh thigh tu&jga bhgian2 yg anda x suka juga yg part kotor(paru2 dia paling kuat bau) Last skali,cuci ayam pakai air yg dicampur tepung gandum(tepung lain blh jgk,tp tepung gandum paling berkesan) Letak sesudu pun dah ok,gaul2& bilas,anda blh try bau sendiri beza dia sebelum&selepas,then baru blh masak apa2 je yg anda suka yea,gerenti selera sbb dah x hanyir Sy try masak ayam Mandy nih,menu utk nasi Arab,aummmmm…..
Blh cari resepi kt Google Smoga perkongsian ni berguna utk anda smua terutama pd yg belum tau tu yea.
Selamat memasak smua…. aslmlkm…..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.