Ramai yang bersimpati dengan nasib Anas, watak yang dipegang oleh Aeril Zafril menerusi drama Cari Ku Di Syurga. Malah, ada yang mengecam watak dimainkan oleh Janna Nick, isteri kepada Anas yang bersikap kejam sanggup meninggalkan suami dan anak kerana tidak mahu hidup susah.
Drama yang ditayangkan di TV3 itu rupa-rupanya bukan sahaja mendapat perhaian entizen, malah isteri kesayangan Aeril sendiri turut memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut.
Sambil menyifatkan apa yang dilakonkan Aeril itu sama seperti di luar, jelas Wawa Zainal, suaminya itu memang seorang yang penyabar. Tidak malu mengakui dirinya dahulu seorang isteri yang suka marah-marah dan tidak matang seperti sekarang.
“cried a lot bila tengok muka kesian Anas / Aeril cemni .. sebab masa awal perkahwinan dlu i harimau jugak..suka marah2 dia .biasa la masa tu budak2,tak matang? (tapi takde la teruk macam cik lisa tu).
“Tapi Aeril tenang macam tu la reaction dia sama macam dalam tv. Sabar je dengan perangai isteri dia?nasib baik la i insaf cepat.. jadi isteri yang baik da? .
Dalam masa yang sama, Wawa turut menitipkan pesanan pada isteri supaya menghargai dan tidak melukai jika memiliki suami yang baik.
“Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas ? yang tak melukai hati isteri nya..ada… ada je…kalau ada tu hargai la.. jangan sesekali sia -siakan nya♥️♥️ ehh rindu nya dengan @aeril_zafrel . tengok dalam tv jela mampu .. kejap saja lagi guys #cariakudisyurga . standby cepat!,” tulis Wawa dikapsyennya.
Dalam pada itu, ada antara netizen yang memuji lakonan Aeril Zafril sambil menyifatkan ia adalah senario yang berlaku di luar sana.
Bertuah dapat suami penyabar
Wawa beruntung miliki Aeril
Kongsi pengalaman sendiri.
Sumber: IG w4w4_zainal