Jumlah pengikut seramai 50 ribu bukan satu angka yang kecil untuk seekor kucing. Tapi inilah hakikatnya buat dua ekor kucing comel, Garfield dan Maya. Mempunyai pengikut tegarnya sendiri, kemunculan Maya dan Garfield atau nama manjanya Apil sentiasa dinantikan.
Ada sahaja keletahnya yang sentiasa mencuit perhatian. Lincah kala beraksi, malah cukup aktif ketika bermain. Sentiasa menghiburkan para pengikutnya.
Tak Pernah Sangka
Begitu juga ‘Mama’ dan ‘Ba’ serta abang-abang Maya dan Apil. Kehadiran kucing-kucing comel ini ternyata buat keluarga kecil ini menjadi bertambah meriah.
“ Diam tak diam kami sudah bersama Apil dan Maya hampir 3 tahun yang lalu. Kalau diikutkan pada mulanya suami saya jenis yang takut kucing walaupun jauh disudut hatinya dia sukakan kucing.
Suami pernah berhajat, kalau dia terjumpa kucing Persian berwarna oren, dia akan beli. Kebetulan atau lebih tepat, ketentuan Allah SWT, kami dipertemukan dengan Apil. Saya langsung tak jangka suami buat keputusan untuk membeli Apil ketika itu.
Maklumlah kami langsung tak pernah berbincang bab memelihara kucing dan saya kira, keadaan itu mustahil akan berlaku. Tapi apabila melihat Apil buat pertama kali, kami jatuh hati dan tak sangka suami pun sama. Bila dia setuju untuk membeli, saya rasa macam terawang-awangan. Tak percaya. Macam mimpi.
Saya tak pujuk tapi anak-anak yang merayu. Yang benarnya, hatinya sendiri memang dah terpaut pada Garfield,” katanya lagi.
Bimbang Apil berseorang, Maya pula hadir melengkapkan lagi keluarga kecil ini, sebulan selepas Apil muncul. Bertambah meriah jadinya.
Ads
“Maya pula dibeli sebulan selepas Garfield. Suami rasa simpati melihat keadaan Garfield yang keseorangan dan kesunyian setiap kali saya dan suami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah. Lanjutan dari situ, suami mula mencari kawan untuk Garfield.
Maya dipilih kerana di antara banyak-banyak kucing di petshop waktu itu, Maya yang paling kecil dan pemalu. Dek kerana kasihankan padanya, kami pilih Maya. Kini selepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dapatlah saya menemani Maya dan Apil kala anak-anak ke sekolah,” luah ibu kepada Ziqry Huzairy, Zizry Huzairy dan Zilfizzry Huzairy ini lagi.
Anggap Seperti Anak Sendiri
Sungguh membuat keputusan untuk memiliki kucing kesayangan tidak semudah yang disangka. Komitmen harus tinggi dan perlu lebih rajin untuk menguruskan segala kelengkapannya.
“Jujur pada mulanya, perasaan takut dan risau memang ada. Apabila kita sudah mengambil keputusan untuk membela kucing, komitmen pada mereka adalah seumur hidup. Makan, minum, perlindungan, kasih sayang dan perubatan perlu tip top.
Itulah yang kami risau, takut tak mampu nak lakukan. Tapi syukur, semakin lama kucing-kucing ini dengan kami, keadaan jadi normal malah kami tak kekok lagi. Kami banyak belajar dari pengalaman orang, juga membuat pemerhatian sendiri dengan sikap kucing-kucing ini. Sekarang, Apil dan Maya sudah kami anggap seperti anak sendiri.
Ads
Apil sangat manja terutama dengan suami. Mudah mengalah dengan Maya malah aktif dan keletahnya sentiasa mencuit hati. Suka melihat burung dan gemar melihat suasana luar (tapi tak suka keluar). Satu lagi, hobi utamanya adalah menggigit plastik. Apa sahaja plastik barang yang kami bawa balik, dia akan gigit sampai puas.
Maya pula berbeza dari Apil. Maya agak sombong, tak suka dipegang dan hanya mahu dibelai pada masa tertentu sahaja. Maya jarang bersuara, takut mandi dan kuat tidur. Maya juga tak sukakan dunia luar dan stress jika dibawa keluar. Malah dia juga agak clumsy tapi keletahnya amat mencuit hati,” katanya teruja bercerita.
Si comel Apil dan Maya sememangnya dijaga cukup sempurna. Malah kedua-duanya sentiasa dijaga dengan baik. Pantang sakit atau alahan, kedua-duanya pantas dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.
Si comel Garfield.
“ Untuk Apil dan Maya kami berikan Royal Canin Indoor untuk makanan kering serta Fussie Cat untuk makanan basah mereka setiap hari. Boleh dikatakan anggaran untuk kelengkapan mereka sekitar RM300 setiap bulan,” kata anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan ini lagi.
Page Dunia Maya HD Tarik Perhatian Ramai
Bermula dari kucing biasa, Apil dan Maya terus menjadi kucing popular gara-gara page Dunia Maya HD yang mendapat sambutan ramai.
Ads
“Saya selalu muat naik gambar Maya di group kucing. Banyak permintaan agar saya mewujudkan pula page Maya. Maka terhasillah Dunia Maya HD yang sudah beroperasi lebih 2 tahun.
Setiap hari memang kami akan kongsikan segala telatah Maya dan Apil di sini juga berkongsi cerita dan pengalaman dengan rakan-rakan yang banyak bertanya.
Bagi saya menjaga kucing sememang boleh memupuk sifat disiplin yang tinggi. Contohnya dalam hal membersihkan tandasnya, menukar air dan bekas makannya, memandikan, mencuci telinga, dan banyak lagi.
Disiplin ini penting supaya kesihatan mereka sentiasa terjaga. Menjaga kucing juga meningkatkan sifat tanggungjawab pada diri. Selain itu, jiwa juga menjadi lebih sensitif. Hati mudah tersentuh dan simpati melihat haiwan lain terutamanya yang terbiar. Ini mendorong kita untuk membantu kucing-kucing yang lain pula.
Pun begitu sifat rajin juga perlu ada kalau nak pelihara kucing di rumah. Saya amat menitikberatkan bab kesihatan dan kebersihan. Setiap hari, saya akan memastikan tandas mereka bersih supaya tidak wujud bau yang tidak disenangi.
Apil dan Maya adalah Indoor cat, jadi kebersihan mereka dan rumah kami juga perlu seiring. Saya mengemop lantai dua kali sehari dan pasang air purifier supaya bulu, habuk dan bau diserap sepenuhnya,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Julai 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membeli rumah adalah satu keputusan besar dalam hidup. Bukan sekadar tempat untuk berteduh, tetapi juga pelaburan yang boleh memberi impak jangka panjang kepada kewangan dan gaya hidup kita.
Namun, proses membeli rumah tidak semudah memilih rumah yang cantik sahaja. Terdapat perkara penting yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan besar ini. Ayuh, kita lihat apa perkara yang perlu dipertimbangkan!
Lokasi Strategik dengan Komuniti Bersekuriti
Lokasi adalah faktor utama yang mempengaruhi nilai rumah, serta keselesaan hidup anda. Bertempat di lokasi strategik berhampiran lebuhraya utama seperti Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX serta akses mudah ke stesen ERL Salak Tinggi, Greenwoods Salak Perdana memastikan kesinambungan perjalanan yang lancar ke ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Menambahkan lagi daya tarikannya, perbandaran Greenwoods Salak Perdana terletak berhampiran kemudahan beli-belah seperti KIP Mall, AEON Mall, dan Mitsui Premium Outlet, pastinya melengkapi keperluan harian mahu pun barangan mewah.
Temui ruang hidup yang penuh dengan keharmonian dan ketenangan, membawa definisi baru untuk sebuah tempat perlindungan peribadi. Jangan risau kerana kawasan perumahan ini berpagar dan berpengawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Indah, Selesa dan Penuh Kemudahan di Greenwoods Salak Perdana
Terletak di tengah-tengah alam semula jadi namun dilengkapi dengan kemudahan moden, Greenwoods Salak Perdana menawarkan gaya hidup keluarga yang ideal. Laman Rimba yang subur dan laluan pejalan kaki semula jadi mempamerkan flora tempatan, sementara dek pemerhatian menyediakan pemandangan panorama yang menakjubkan. Selain itu juga anda boleh ke taman rekreasi untuk berbasikal dan menggunakan litar larian untuk cergaskan badan, memang best!
Kawasan Luas, Rumah Terbaik Seisi Keluarga
Terletak di atas tanah pegangan bebas, Greenwoods Senna @ Salak Perdana menawarkan koleksi 368 unit Rumah Bandar Berkembar, dengan reka bentuk bersaiz antara 34′ x 65′ hingga 44′ x 75′ menampilkan konsep susun atur terbuka dan dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik mandi yang melengkapi keperluan anda sekeluarga.
Di Greenwoods Senna @ Salak Perdana, terdapat ruang terbuka yang indah dan sesuai untuk seisi keluarga menikmati waktu indah bersama. Taman rekreasi yang privasi sesuai untuk berjoging dan berbasikal serta piknik bersama keluarga. Selain itu, terdapat taman permainan dengan kelengkapan interaktif, sesuai untuk aktiviti luar yang menyeronokkan atau meluangkan masa bersama komuniti penduduk.
Setiap unit juga memiliki laman yang luas pada bahagian sisi atau belakang, sesuai untuk pelbagai majlis keraian keluarga seperti BBQ, sambutan ulang tahun dan kenduri-kendara. Dengan reka bentuk yang praktikal dan serba boleh, Greenwoods Senna @ Salak Perdana direka untuk detik-detik perbualan, kegembiraan dan ikatan keluarga.
Kemudahan Untuk Detik Indah Bersama
Di Greenwoods Senna @ Salak Perdana, terdapat ruang terbuka yang indah dan sesuai untuk seisi keluarga menikmati waktu indah bersama. Taman rekreasi yang privasi sesuai untuk berjoging dan berbasikal serta piknik bersama keluarga. Selain itu, terdapat taman permainan dengan kelengkapan interaktif, sesuai untuk aktiviti luar yang menyeronokkan atau meluangkan masa bersama komuniti penduduk.
Dengan kemudahan dan fasiliti yang ceria di dalam jangkauan, tinggal di sini bermakna memiliki alamat yang membawa anda lebih dekat kepada segala yang benar-benar penting.
Nikmati keharmonian sempurna antara kemudahan bandar dan ketenangan alam semula jadi, Greenwoods Senna @ Salak Perdana menyambut anda untuk menyertai komuniti yang dinamik dan meraikan detik-detik yang menjadikan kehidupan istimewa. Jika anda mahu menjadikan rumah di sini sebagai kediaman bahagia sekeluarga, layarihttps://paramountproperty.my/ atau hubungi 03-9212 0380
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai jenis minuman air rebusan daripada harba terpilih telah diamalkan oleh kaum wanita sejak dahulu lagi. Kemudian diwarisi dari satu generasi ke generasi hingga ke hari ini, minuman herba terus menjadi amalan kaun wanita. Lebih-lebih lagi dalam bab penjagaan kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Berkongsi salah satu minuman air yang direbus daripada gabungan herba, Ida Zmri menyarankan ianya patut diminum sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan kesihatan dalaman terjaga.
CANTIK LUARAN ,SIHAT DALAMAN
Hai ampa, ni kami nak share dengan ampa cara nak buat minuman untuk jaga dalaman wanita. Jangan kira nak cantik luaran ja tau..dalam pun kena jaga jugak. Sama penting dua-dua tu.
Bahan-bahan pun senang dapat. Boleh kata dalam dapur kita memang sentiasa ada benda ni. Jom kita amalkan,semoga dalaman makin sihat, mantap bertenaga dan cik somi pun makin sayang.
First kita check dulu barang apa yang kita nak guna
Halia
Daun pandan
Kunyit hidup
Serai
Bunga cengkih , Bunga lawang , Kayu manis
Gula batu atau Gula perang atau Madu pun boleh
Caranya-caranya
1. Rebus semua bahan dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas. Gunakan api perlahan.
2. Tunggu suam dah boleh minum
Ekstra Tip: Yang nak rapatkan bahagian intim boleh tambah 1 biji manjakani (yang belum kawin,anak dara tak sesuai ok..no,never). Yang mana ada keputihan melampau lampau tu boleh tambah daun sireh,sehelai dua cukup la.
Rebusan ni elok ampa amalkan sebelum atau selepas haid, sebulan sekali pun dah cukup
Antara kebaikan dia, mewangikan kewanitaan, segarkan badan. Urat saraf yang mana dah lama bersimpul tu pun boleh la terlerai dari simpulan kasih dia tu.. wajib cuba resipi ni tau,jangan malas-malas
Sudah setahun penyanyi terkenal Siti Sarah Raissudin meninggal dunia dan semestinya pemergiaan Sarah sangat meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga terutamanya suaminya, Shuib dan anak-anaknya yang masih kecil.
Sejak itu, Shuib bertindak sebagai ayah dan ibu bagi anak-anak mereka. Ketabahannya menjaga anak-anak terutama yang anak bongsunya, Ayash Affan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian.
Acap kali digosipkan bercinta dengan beberapa wanita, Shuib akhirnnya menyatakan hatinya seperti dibuka kembali untuk mencari pasangan untuk dirinya dan ibu kepada anak-anaknya.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu mentua saya juga sering bersama mereka. “
Tambahnya, dia melihat dengan jelas bahawa anak-anak seperti memerlukan seseorang untuk menjaga mereka setelah kehilangan seorang ibu.
“Sejak menjadi ‘ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda. Kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.”
Kalau dulu orang tanya bila nak berumah tangga semula, saya tiada jawapan. Tapi sekarang, saya nampak mungkin dah ada ke arah itu, tapi saya belum bersedia untuk berkongsi buat masa sekarang.
“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.
“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.
Shuib dilihat sebagai bapa contoh buat kita semua. Bukan senang untuk menjadi bapa dan ibu buat anak-anak yang masih kecil dan masih belum mengerti kehidupan dan sangat memerlukan perhatian.
Sumber : Gempak
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...