“Dulu Suami Rajin Cium & Genggam Erat Tangan. Kini Aku Banyak Pegang Telefon.” Perkongsian Isteri Pesakit Strok. Sebaknya!

Share

Setiap pasangan yang berkahwin punya cara tersendiri untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang serta menzahirkan rasa sayang pada pasangan.

Namun, tuntutan kerja atau rumah tangga ada kalanya tanpa disedari kita mengabaikan pasangan. Lama-kelmaan hubungan menjadi semakin renggang.

Bukan bermakna rasa kasih sayang semakin pudar tetapi tuntutan kerja dan urusan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan.

Banyak pasangan yang menganggap situasi ini adalah perkara biasa lantas membiarkannya hingga membuatkan hubungan suami isteri semakin sepi.

“Selagi masih ada kesempatan dan ruang, genggamlah erat sebelum terlerai.”

Itu antara perkongsian  wanita bernama Jiha Shuib, isteri pesakit strok yang benar-benar menyentap hati yang membacanya.

Berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi dia bahagia. Suami menzahirkan rasa sayang mengikut caranya yang tersendiri.

Namun apabila suaminya diuji dengan penyakit strok, segalanya berubah. Namun, isteri dan ibu  ini cukup cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.


Genggam erat sebelum terlerai.

Mungkin takdir sudah begini, aku paling lemah menjadi tempat luahan perasaan insan dalam dilema percintaan. Sungguh aku hopeless, nak nasihat macam tak kena sebabnya kami sendiri pun berkahwin atas pilihan keluarga. Masa bertunang tak pernah kenal atau jumpa, masa nikah baru pertama kali bersalaman dan lepas sebulan masa outdoor lepas kenduri kena tegur dengan jurugambar apa yang kekok sangat dah sebulan nikah kot. Apa nak buat kan?

Tapi bahagia itu subjektif, dalam pelbagai cara.

Sesekali Saiful akan ambil tangan aku ketika memandu dan digenggam erat.

Ada ketika dia ambil tangan aku, cium dan dikepit dicelah ketiaknya.

Itu cerita dulu, yang takkan mungkin berulang lagi. Tangan kirinya kini tidak lagi berfungsi, kaku begitu.

Kadang tangan itu terjatuh celah tombol gear dan break tangan, melekat disitu dan perlu aku angkat dan selit di tali pinggang keledarnya.

Aku lebih banyak pegang telefon sekarang, kebanyakan masa belek berjam-jam. Bila tanganku dicapai, aku terkejut. Rupanya Saiful guna tangan kanan, dan dia letakkan tanganku di tapak tangan kirinya. Spontan aku letak tepi telefon aku.

Cuba juga menggenggam, tapi tangan itu dulunya panas kini sejuk dan tak ada tindak balas.

“You rasa dak I genggam tangan you?” Saiful tanya.

“Sikit”…aku cuba memberi harapan, aku halakan telefon untuk merakam video pergerakan tapi belum lagi. Masanya belum sampai kekuatan itu dikembalikan.

Adakah kami rindu kenangan berpegangan tangan? Mungkin, tapi kami lebih syukur asalkan kami masih punya kesempatan bersua didunia ini.

Selagi masih ada kesempatan dan ruang genggamlah erat sebelum terlerai.

#catatanjihasaiful #poststroke #stroke #survivor

 Sumber: Jiha Shuib