“Dulu Suami Rajin cium & Genggam Erat Tangan. Kini Aku Banyak Pegang Telefon.”Perkongsian Isteri Pesakit Strok Ini menyentap Lubuk Hati!

Share

Selagi Masih Ada Kesempatan & Ruang Genggamlah Erat Sebelum Terlerai. Itu antara perkongsian Isteri Pesakit strok yang benar-benar menyentap hati yang membacanya.

Setiap pasangan yang berkahwin punya cara tersendiri untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang serta menzahirkan rasa sayang pada pasangan.

Begitu juga dengan wanita bernama Jiha Shuib.  Berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi dia bahagia. Suami menzahirkan rasa sayang mengikut caranya yang tersendiri.

Namun kini, suaminya diuji dengan penyakit strok. Nyata isteri dan ibu  ini cukup cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.


Genggam erat sebelum terlerai.

Mungkin takdir sudah begini, aku paling lemah menjadi tempat luahan perasaan insan dalam dilema percintaan. Sungguh aku hopeless, nak nasihat macam tak kena sebabnya kami sendiri pun berkahwin atas pilihan keluarga. Masa bertunang tak pernah kenal atau jumpa, masa nikah baru pertama kali bersalaman dan lepas sebulan masa outdoor lepas kenduri kena tegur dengan jurugambar apa yang kekok sangat dah sebulan nikah kot. Apa nak buat kan?

Tapi bahagia itu subjektif, dalam pelbagai cara.

Sesekali Saiful akan ambil tangan aku ketika memandu dan digenggam erat.

Ada ketika dia ambil tangan aku, cium dan dikepit dicelah ketiaknya.

Itu cerita dulu, yang takkan mungkin berulang lagi. Tangan kirinya kini tidak lagi berfungsi, kaku begitu.

Kadang tangan itu terjatuh celah tombol gear dan break tangan, melekat disitu dan perlu aku angkat dan selit di tali pinggang keledarnya.

Aku lebih banyak pegang hf sekarang, kebanyakan masa belek berjam-jam. Bila tanganku dicapai, aku terkejut. Rupanya Saiful guna tangan kanan, dan dia letakkan tanganku di tapak tangan kirinya. Spontan aku letak tepi hf aku.

Cuba juga menggenggam, tapi tangan itu dulunya panas kini sejuk dan tak ada tindak balas.

“You rasa dak I genggam tangan you?” Saiful tanya.

“Sikit”…aku cuba memberi harapan, aku halakan hf untuk merakam video pergerakan tapi belum lagi. Masanya belum sampai kekuatan itu dikembalikan.

Adakah kami rindu kenangan berpegangan tangan? Mungkin, tapi kami lebih syukur asalkan kami masih punya kesempatan bersua didunia ini.

Selagi masih ada kesempatan dan ruang genggamlah erat sebelum terlerai.

#catatanjihasaiful #poststroke #stroke #survivor

 Sumber: Jiha Shuib