Umum maklum, untuk seseorang itu menurunkan berat badannya hatta 1kg sekali pun bukanlah perkara mudah. Tapi berbeza bagi pasangan suami isteri ini, Puan Rabiatul Adawiah Mohd Yusoff, 30 dan suaminya Encik Ahmad Jihad Ahmad Shafee, 30 yang dahulunya pernah mengalami masalah berat badan dan kini kembali kurus.
Atas sebab ini juga, kisahnya telah dikongsikan di dalam Majalah Keluarga terbitan Julai 2018 agar dapat memberi inspirasi kepada yang ingin menurunkan berat badan.
Ini Perkongsiannya
“Mula dulu saya sendiri tidak merasa saya gemuk sebab setiap kali tanya suami tentang perubahan fizikal saya, jawapannya sentiasa positif. Katanya saya cantik dan tak gemuk di matanya. Bila baju sendat untuk dipakai, suami akan belikan yang baharu. Jadi saya tidak merasa sebarang tekanan.
“Sampailah suatu hari saya beli penimbang digital, dan saya membayangkan berat saya mungkin dalam 90kg tapi selepas ditimbang berat badan saya 105kg. Melihat angkat tersebut memang saya sudah takut dan terus ajak suami untuk lakukan sesuatu untuk turunkan kembali berat badan.
“ Tidak dengan itu, sebenarnya kami berdua acap kali ditegur oleh ibu tentang berat badan yang bagai dipam-pam ni. Sebenarnya pertambahan berat badan ini bukannya mendadak. Seingat saya selepas melahirkan Ahmad Furqan empat tahun lalu, berat badan saya semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Ads
“Manakala suami pula menampakkan perubahan berat badan selepas berkahwin lagi. Senang cakap, berat badan kami sama-sama naik. Mungkin sebab ini juga kami tidak rasa masalah dan gembira sahaja dengan keadaan itu,” ujar Rabiatul atau lebih mesra disapa Bie di awal bicaranya.
Perasaan dalam hati
Apabila diminta untuk berkongsi perasaan, nyata wanita berwajah manis ini juga punya perasaan rendah diri dan malu untuk bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi jika terserempak dengan kawan-kawan lama.
“Pernah suatu ketika tu, saya dan suami pergi ke pusat membeli belah dan tiba-tiba saya ternampak kelibat kawan saya dari jauh. Sebelum terserempak saya cuba elakkan dari ternampak tapi terserempak juga.
“Dan sedihnya bila jumpa kawan tu boleh cakap, “Bie apasal kau gemuk sangat ni, ngerinya!” Saya dengar perkataan ngeri tu saya memang terpukul sangat,” cerita Bie lagi dengan panjang lebar.
Ads
Ubah 360 darjah
Baginya, kecantikan wanita itu selain pada raut wajah dan penampilan, berat badan juga memainkan peranan yang penting untuk tampil sempurna.
“Orang perempuan memanglah nak sentiasa cantik. Walaupun masa itu saya gemuk, saya juga teringin untuk nampak cantik. Namun apa yang saya perasan, belilah macam mana mahal sekali pun pakaian yang ada, tapi saya tetap nampak tidak menarik.
Ads
Memastikan berat badan terus dapat diturunkan, bukan sahaja aktiviti jasmani ditekankan malah dari sudut pengambilan makanan juga diubah 360 darjah. Jika dahulu tidak ambil pusing tentang pemakanan sihat, namun hari ini setiap makanan yang diambil dipastikan kalorinya terlebih dahulu.
“Kami memilih tentang makanan. Semuanya perlu makanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tiada lagi makanan bergoreng tapi beralih kepada masakan panggang dan kukus. Boleh katakan perubahan gaya pemakanan keluarga kami memang total 100% berubah.
sumber : Majalah Keluarga isu Julai 2018
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bergelar isteri, ramai wanita mula rasa tertekan terutama apabila hal menguruskan rumahtangga.
Dulu sebelum ada anak-anak, rumah bersih dan kemas. Sebaliknya bila ada anak. Bukan kata anak itu beban tapi lumrah rumah pasti berselerak.
Sehingga ada wanita alami tekanan perasaan dalam diam. Memendam rasa. Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita suka membebel.
Menarik perkongsian wanita ini, Siti Suryani Yaakop yang memberi kata-kata semangat agar para wanita tidak tertekan hal rumahtangga.
Katanya jangan terlalu memaksa diri sehingga semua aura negatif ada dalam diri. Sebaliknya ambil sikap chill je, bertenang.
Paling deep, katanya, wanita kena sayang diri dulu.
Ikuti perkongsiannya.
Kena terus terang
“Tinggalkanlah. Takda siapa yang datang nak cek benda tu”. Biasa-biasa sebelum keluar ke mana-mana, aku akan kemas rumah dulu. Menyapu, lipat baju, kemas peti ais, sental jamban. Buatlah segala benda supaya balik nanti aku senang. Tapi kali ni, tak. Aku tinggal. Ikut kata suami. Akhir-akhir ni aku rasa mental aku tak berapa nak sihat. Aku bagitau suami. Banyak benda dalam otak. Macam ligat sangat mesin otak aku berpusing tanpa henti. Banyak sangat benda nak fikir. Aku malas nak munafik-munafik kata aku okay. Aku terus terang je. Senang. Sebab kalau aku tak okay, pasti satu rumah nanti tak okay. Aku rasa ramai ibu dan mak rasa bersalah sangat kalau dia tak okay. Dia rasa dia mesti kena sentiasa sihat, stabil, waras, elok, sopan, gembira, riang ria dan segala macam benda positif je kena ada. Sampai kadang-kadang dia simpan semua energi negatif dalam diri yang akhirnya menelan diri dia sendiri secara perlahan-lahan. Dia keliru. Tak tahu nak buat apa. Paling kuat pun dia menangis sesorang diam-diam bawah pancur. Padahal takda apa pun. Hal kecik je. Yang biasanya dia memang tak kisah langsung. Jika begitu, sedarlah. Dah lebih limit.
Bawa bertenang, chill ok!
Makanya dengan itu, hentikan semua kelam kabut mengejar dateline kerja rumah. Pejamkan sekejap mata melihat baju yang bertimbun. Lantakkan segala karut marut hal di pejabat. Pekakkan telinga bila kau dengar Tipah Cili mengata kau di belakang. Biarkan semut berlalu pergi membawa lari serpihan biskut meri yang anak kau makan tadi. Ambiklah segelas milo panas. Letak depan TV. Bawa bersama biskut mayat. Cicah 3-4 keping. Slurppp milo panas tu perlahan-lahan. Kerja rumah boleh tunggu. Anak-anak elok ada depan mata mu. Segala masalah dunia ni akan berlalu. Kau tu…kau kena sayang diri kau dulu. Dan ingatlah satu perkara tanpa malu dan ragu. Menjadi tak okay adalah okay buatmu. Kita manusia. Bukan batu.
Bercerita tentang hobi, tentu ada antara ibu-ibu yang mempunyai minat dalam bidang jahitan. Malah jika ada yang bijak mengambil peluang, hobi menjahit boleh dijadikan sebagai side income buat keluarga.
Adapun ramai juga wanita-wanita di luar sana menjahit sekadar untuk suka-suka, sekurang-kurangnya kalau ada pakaian terkoyak bolehlah dijahit sendiri dan mungkin juga bolehlah menjahit sepasang dua pakaian untuk anak-anak, sekurang-kurangnya dapatlah berjimat daripada membeli pakaian siap yang mahal harganya.
Berjerita lanjut tentang mesin yang kita miliki di rumah, cuba lihat keadaan mesin tersebut. Mungkinkah berhabuk dan langsung tidak pernah dibersihkan?
Perkongsian daripada Puan Azila Hashim berkenaan cara dia memberihkan mesin jahit tepi menarik juga untuk kita praktikkan. Cukup mudah dan tidak menggunakan kos yang besar. Jom semak.
Hokey guys… Hakak nak bagi tips sikit. Memandangkan mesin jahit tepi hakak pun tengah berkeladak dengan habuk kain, maka hakak bagi tips mudah untuk cuci. Refer setiap gambar hokey. Let’s start the journey bebeh!!
Bahan-bahan yang diperlukan :
Kapas muka
Tweezer
Step 1 : Ambil kapas muka sekeping dan tweezer. Kemudian gunting kapas menjadi 2.
Step 2 : Sepit kapas tu dengan tweezer tersebut.
Step 3 : Lalukan kapas pada habuk kain di setiap celahan secara menggoyang-goyangkannya.
Step 4 : Nampak perbezaannya? Kan habuk-habuk tu dah kena angkut dengan kapas muka. Kapas itu sifatnya sangat menyerap, dalam mesin kita tu berminyak, so segala minyak dan habuk yang melekat pada mesin, akan berpindah dengan sukarelanya kepada kapas.
Setelah dilakukan proses pembersihan, nyata mesin ini kelihatan begitu bersih dan tidak ada lagi serpihan atau benang-benang kain bersarang di situ. Memang terbaik!