“Dulu Selalu Beli Dekat Supermarket…”-Wanita Ni Seronok Tuai Hasil, Tanam Keledek Jepun Di Laman Rumah Je!

Share

Siapa kata jika ingin menanam ubi keledek Jepun kena ada ruang tanah yang lapang dan luas? Sebenarnya jika anda tinggal di kawasan perumahan pun anda boleh juga menanam keledek dan menikmati hasil tuaian yang memuaskan hati.

Ini seperti perkongsian daripada Puan Aqella Ayda yang berjaya menanam ubi keledek Jepun di laman rumahnya dengan hanya menggunakan polybag yang disusun rapi di tepi pagar rumahnya.

Bahkan apa yang lebih mengujakan di dalam perkongsiannya itu turut ditunjukkan ubi keledek yang telah dituai. Ianya begitu besar dan jelas nampak dilihat pokok yang ditanam begitu subur sekali!

Hal ini  membuatkan warganet teruja untuk mengetahui rahsia penanaman keledek bahkan tidak dinafikan ianya nampak begitu bersih dan sekali gus menjadi sebahagian lanskap dekorasi di ruangan laman rumah yang dihuni.

“Seronok saya, dulu selalu beli dekat supermarket nak cuba buat benih tak jadi. Kalau jadi pun kecil-kecil dan tidak  manis isinya. Kemudian saya beli dengan Encik Mohd Ijat, dia pembekal benih Jepun. Sampai sekarang saya tanam boleh makan satu famili,” ujarnya di awal bicara.

Tidak dengan itu dia turut berkongsi tips untuk pastikan pokok ubi keledek yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah yang mempunyai saiz yang besar malah pokoknya terlihat rapi di laman rumah.

Tip 1 : Saya tanam dari keratan yang menjalar

Tip 2 : Tanam dalam polybang boleh cari polybag yang besar. Tanam dalam 3 keratan paling maximum

Tip 3 : Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organic

Tip 4 : Tak perlu siram kerap. Agak panas betul-betul baru siram.

Tip 5 : Bila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut namun pastikan jangan sampai terlalu pendek. Selepas dipotong letak baja siraman.

Tip 6 : Pastikan angkat daun yang merayap itu letak dekat keliling pokok supaya dia tak jadi ‘gila’ daun.

Tip 7 : Apabila usia pokok ubi keledek Jepun 2 bulan, kita  sudah boleh petik pucuk buat makan masak pucuk sementara menunggu matang.

Tip 8 : Tempuh tanaman telah matang dan boleh dituai hasilnya adalah setelah 3 bulan 15 hari.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club