Ada pelbagai cara untuk kita mencipta kenangan manis bersama pasangan. Lagi-lagi bagi mengenang momen indah terutama untuk hari-hari istinewa seperti hari lahir, anniversary perkahwinan dan sebagainya.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata dan bakal menimang yang keempat tidak lama lagi, namun Puan Zafirah dan suaminya Mus memilih untuk bersanding sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11.
Menurut Zafirah, itu adalah impian mereka berdua memandangkan ketika awal perkahwinan dahulu, merek atidak berkesempatan untuk bersanding akibat kekangan kewangan.
Wedding Anniversary ke-11 tahun
ALLAH ALLAH ALLAH !!
Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan?
11 tahun lalu,
Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit.
Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.
Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI”
Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami”
Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki.
Allah adalah sebaik-baik perancang,
Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti.