“Dulu Nak Menangis Tengok Tapi Sekarang Pasrah,” Sofa Koyak, Dinding Kena Conteng, Kisah Bapa Tarik Perhatian Warganet.

Share

Sudah tentu ada yang pengalaman masalah anak kecil suka conteng dinding? Kadang-kadang sampai stres sebab hampir segenap ruang dinding rumah.

Tarik nafas dalam-dalam. Sebelum anda memarahi anak-anak, ada beberapa perkara luarbiasa yang anda perlu tahu tentang kecenderungan anak conteng dinding.

Hakikatnya ini ada petanda yang baik. Tahukah anda, tabiat anak conteng dinding bukanlah sesuatu yang buruk. Malah, ada fakta sokongan sains yang mengaitkannya dengannya.

Namun, hakikatnya menconteng dinding dapat memberi banyak manfaat kepada anak-anak kecil.

Antaranya  melatih kekuatan otot, Perasan tak, apabila anak suka menulis di dinding, mereka akan berdiri, membongkok, melutut, duduk, atau bercangkung.

Juga koordinasi tangan dan mata. Dengan permukaan yang lebih luas, mereka cenderung untuk melukis pada skala yang lebih besar. Maka, keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan bekerja dengan lebih keras.

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Begitulah situasi yang dilalui seorang bapa yang berkongsi kisahnya yang pasrah dengan hasil ‘karya’ anaknya walaupun pada mulanya terkejut dengan cara anaknya. Beliau juga menjadikan ‘karya’ anak-anaknya sebagai memori untuk dikenang keluarga.

Menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ni? , beliau pada mulanya hanya menunjukkan hasil kerjaya memasang penyambung wayar, namun menarik perhatian warganet adalah dinding hasil conteng anak-anaknya.

_________________________

Ha dah siap wiring extension untuk tempat cas enset kat ruang tamu.. Lihat juga hasil anak saya conteng dinding, mereka ada 3 orang, sorang 10, 7 dan 6 tahun sudah.

 Sofa tempat melompat sampai koyak.. pastu pensel cucuk atas sofa..memula dulu saya nak nangis tengok, lelama saya jadi makin bertakwa..

Apa pun, setiap orang ada caranya mendidik anak-anak. Begitu juga dengan keluarga ini. Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi kisah yang sama yang pastinya merupakan momen indah untuk dikenang semasa anak-anak masih kecil.

Sumber: Muhamad Haffiz Yaakop Pemalu

ARTICLE LAIN

Trending: Kongsi Cara Tahnik Anak, Ustaz Don Luah Syukur Timang Cahaya Mata Ke Empat, Tarikh Lahir Sama Anak Ketiga. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

.