Sudah tentu ada yang pengalaman masalah anak kecil suka conteng dinding? Kadang-kadang sampai stres sebab hampir segenap ruang dinding rumah.
Tarik nafas dalam-dalam. Sebelum anda memarahi anak-anak, ada beberapa perkara luarbiasa yang anda perlu tahu tentang kecenderungan anak conteng dinding.
Hakikatnya ini ada petanda yang baik. Tahukah anda, tabiat anak conteng dinding bukanlah sesuatu yang buruk. Malah, ada fakta sokongan sains yang mengaitkannya dengannya.
Namun, hakikatnya menconteng dinding dapat memberi banyak manfaat kepada anak-anak kecil.
Antaranya melatih kekuatan otot, Perasan tak, apabila anak suka menulis di dinding, mereka akan berdiri, membongkok, melutut, duduk, atau bercangkung.
Juga koordinasi tangan dan mata. Dengan permukaan yang lebih luas, mereka cenderung untuk melukis pada skala yang lebih besar. Maka, keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan bekerja dengan lebih keras.
Begitulah situasi yang dilalui seorang bapa yang berkongsi kisahnya yang pasrah dengan hasil ‘karya’ anaknya walaupun pada mulanya terkejut dengan cara anaknya. Beliau juga menjadikan ‘karya’ anak-anaknya sebagai memori untuk dikenang keluarga.
Menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ni? , beliau pada mulanya hanya menunjukkan hasil kerjaya memasang penyambung wayar, namun menarik perhatian warganet adalah dinding hasil conteng anak-anaknya.
Ads
_________________________
Ha dah siap wiring extension untuk tempat cas enset kat ruang tamu.. Lihat juga hasil anak saya conteng dinding, mereka ada 3 orang, sorang 10, 7 dan 6 tahun sudah.
Sofa tempat melompat sampai koyak.. pastu pensel cucuk atas sofa..memula dulu saya nak nangis tengok, lelama saya jadi makin bertakwa..
Ads
Apa pun, setiap orang ada caranya mendidik anak-anak. Begitu juga dengan keluarga ini. Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi kisah yang sama yang pastinya merupakan momen indah untuk dikenang semasa anak-anak masih kecil.
Banyak perubahan antara wanita zaman dahulu dan sekarang. Jika dulu, wanita lebih banyak duduk di rumah dan menjalankan tugas sebagai suri rumah. Namun kini, ramai yang keluar bekerja membantu suami menambahkan pendapatan keluarga.
Tidak salah sebenarnya jika wanita atau isteri mahu bekerja. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, yang mana kos sara hidupnya semakin tinggi. Namun, sebagai suami tidak boleh bergantung pada duit isteri semata-mata. Sebagai ketua keluarga mereka harus melaksanakan tanggung jawab dengan baik.
Hari ini, ramai isteri yang keluar bekerja atau berniaga untuk membantu suami menambahkan rezeki keluarga…islam tidak pernah melarang isteri untuk keluar bekerja, berniaga, cari pendapatan tapi mereka terlebih dahulu perlulah meminta izin dari suaminya, menjaga pergaulannya dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan agama…
Gaji atau pendapatan isteri 100% miliknya…
Jika isteri hulur RM200 atau RM300 kpd suami, maka itu atas keizanannya dan keredhaannya dengan niat untuk mengurangkan beban suaminya…dan bantuan ini tidak seharusnya dinilai oleh suami sebagai bantuan tetap, akan dapat sampai bila-bila. Bantuan ini bila-bila masa boleh hilang…sebagai contoh, jika ditakdirkan tiba2 isteri berhenti kerja atas asbab keluarga, anak-anak, maka sebagai suami, kita akan kehilangan nilai RM200 @ RM300 yang dibantu isteri tersebut…
Kalau sebelum ini kita bergantung sepenuhnya kepada nilai tersebut, maka kita akan rasa terbeban dengan kehilangan nilai itu…sebagai suami, seharusnya kita sendiri yang perlu menyesuaikan perbelanjaan keluarga berdasarkan pendapatan kita seorang sahaja…ini yang patut kita buat sejak kita berkahwin…bekerja atau tidak isteri kita tu nanti, bukanlah menjadi masalah yang besar sekiranya cara hidup, komitmen kita hanya berdasarkan pendapatan kita sahaja…
Kewajipan suami tetaplah menjadi kewajipan suami walaupun isteri ada pendapatan…itu bukan alasan utk kita mengambil kesempatan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak kenal dengan hot mama ni, iaitu pelakom Lana Nordin yang sering berkongsi kisah kehidupan dan keluarganya. Kehidupan bahagia bersama suami dan anak-anak sering meraih perhatian ramai.
Terbaru, Lana tampil dengan wajah yang berbeza apabila berkongsi pengalaman melakukan pembedahan kosmetik mencantikkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“DAH MACAM BARBIE DOLL.”
Pelakon kelahiran Sarawak, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang berkahwin dengan ‘mat saleh’ bahagia dengan suami yang berasal dari Amerika Syarikat, David McKienzie atau nama islamnya, Mohd Daud. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Muat naik video keadaan hidungnya selepas dibuka ‘cast’. Dalam rakaman itu, aktres berumur 42 tahun dilihat tersenyum gembira melihat hasil pelaburan mencecah RM166,000.
Di ruangan komen, hidung baharu Lana mendapat pujian daripada wargamaya yang terkejut dengan perubahan wajah pelakon itu. Bagaikan pelakon korea, ramai memuji bahkan dikatakan persis ‘barbie doll’.
Sementara itu, menerusi siaran langsung di TikTok pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard menunjukkan keadaan hidungnya yang masih bengkak selepas seminggu menjalani pembedahan.
Tidak cepat melatah dengan netizen yang tak habis mengecam, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata dia sudah menyemak hukum memperbaiki hidung akibat kecelakaan.
Untuk rekod, Lana mengakui pernah menjalani tiga kali pembedahan ‘rhinoplasty’ bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.
Malang tak berbau. Setiap kejadian yang akan terjadi secara tiba-tiba tanpa kita sempat bersedia untuk mengelaknya.
Begitu juga dengan kemalangan. Biasanya akan ada penarik kereta untuk menarik kereta di tepi jalan raya.
Namun ada juga menjadi mangsa penipuan oleh sesetengah pihak. Nak tahu tipnya ikuti panduan ini.
Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau tak nak tertipu. Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?
Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la. Jadi apa tindakan anda?
Pertama jangan tandatangan dokumen tu. Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je. Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la). Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta. Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je. Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000. Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku. Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.
TAHUKAH ANDA? Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari. Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari. Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.
Sumber: Anymous Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...