Dulu Nak Kering Letak Belakang Peti Ais, Murid Cipta Pengering Kasut Raih Pujian

Share

Anak-anak akan menjadi insan yang baik, berrtanggungjawab serta cermerlang sekiranya mereka membesar di bawah didikan ibu bapa yang baik.

Malah ia juga membantu merangsang perkembangan anak menjadi seorang yang kreatif. Siapa yang tidak bangga apabila anak yang masih kecil mampu mencipta untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Tular perkongsian video di tiktok milik aniezahari, dimana seorang pelajar bersama rakan sekumpulannya membuat ‘presention’ berkenaan ciptaan yang direka oleh mereka.

Apa yang menarik, kanak-kanak berkenaan mencipta kotak pengering kasut menggunakan ‘hairdryer’ terpakai.

Idea ciptaanya adalah disebabkan keperluan untuk mengeringkan kasut lantaran ketika ini musim hujan dan hal ini sangat memudahkan setiap orang terutamanya pelajar, untuk mengeringkan kasut mereka.

“Saya ada 4 orang kawan yang membantu mengusahakan pengering kasut ni.” 

 

Kata murid ini lagi, kos untuk menghasilkan pengering kasut ini hanya RM50. Malah mereka hanya menggunakan pengering rambut terpakai.

 

 

@aniezahari Inovasi Pengering Kasut #wr_wi #raub #inovasipendidikan #inovasiteknologi #inovasi #sk ♬ original sound – Mizz Anie

 

WARGAMAYA BERI PUJIAN 

Hebat kreativiti kanak-kanak ini. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat ciptaan kanak-kanak itu. Antara komen adalah seperti berikut

“hebat…semoga terus maju dik.”

“wahh hebat… tahniahh anak raub.”

“Bagus dik, sbb setau den lah, belum ada lagi pengering kasut, zaman² akak dulu dik, kasut basah, buh tepi peti ais utk keringkan.

“terbaik dik,klu abg dlu lepas tgok doraemon baru ingat nk basuh kasut,letak belakang peti ais pagi confirm kering.

“kreatifnya dik, akak dulu balut dengan tisu, sumbat pulak kertas koyak dari buku latihan banyak banyak .”

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club