“Dulu Naik Motor Jer, Tapi Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat. Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta.”- Taleeb Mizad

Share

Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri. Bentuknya sama, namun berdampingan. Waktu berjalan tidak pernah serentak tapi destinasinya sama. Tidak pernah ganti posisi, namun saling melengkapi.

Demikian juga dalam kehidupan berumah tangga. Bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata, tetapi tahu akan tanggung jawab dan peranan masing-masing.

Demikian yang dipraktikkan oleh Taleeb Mizad yang merupakan seorang penyanyi di dalam rumah tangganya yang sudah memasuki usia 5 tahun.

Menerusi catatannya dalam laman instagram, Taleeb mengakui orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti.

“Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin..” ujarnya.

Malah, beliau turut bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dulu hanya sekadar memiliki skuter. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat.  Percaya pada ketentuanNya, menurut Taleeb selagi berusaha pasti akan ada rezeki untuk mereka.

“Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. .
.
“Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka. Kalau nak tahu cmne kami berjaya dpt guna vios skrg, boleh contact abg atau @juliananazarudin

tentang biz shaklee, mudah2an rezeki dpt dikongsi bersama

Allah beri kita rezeki melalui pelbagai cara. Ada yang cepat, dan ada yang lmbat. Itu semua bergantung pada takdir Tuhan selagi kita yakin padaNya.

Taleeb mendirikan rumah tangga bersama Juliana Nazarudin pada 22 Jun 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.

Sumber: IG taleebmizad