Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri. Bentuknya sama, namun berdampingan. Waktu berjalan tidak pernah serentak tapi destinasinya sama. Tidak pernah ganti posisi, namun saling melengkapi.
Demikian juga dalam kehidupan berumah tangga. Bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata, tetapi tahu akan tanggung jawab dan peranan masing-masing.
Demikian yang dipraktikkan oleh Taleeb Mizad yang merupakan seorang penyanyi di dalam rumah tangganya yang sudah memasuki usia 5 tahun.
Menerusi catatannya dalam laman instagram, Taleeb mengakui orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti.
Ads
“Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin..” ujarnya.
Malah, beliau turut bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dulu hanya sekadar memiliki skuter. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat. Percaya pada ketentuanNya, menurut Taleeb selagi berusaha pasti akan ada rezeki untuk mereka.
Ads
“Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. .
.
“Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka. Kalau nak tahu cmne kami berjaya dpt guna vios skrg, boleh contact abg atau @juliananazarudin tentang biz shaklee, mudah2an rezeki dpt dikongsi bersama
Ads
Allah beri kita rezeki melalui pelbagai cara. Ada yang cepat, dan ada yang lmbat. Itu semua bergantung pada takdir Tuhan selagi kita yakin padaNya.
Taleeb mendirikan rumah tangga bersama Juliana Nazarudin pada 22 Jun 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.
Masyarakat kita memang kurang mengamalkan jamu dalam rutin harian. Mungkin kerana tidak biasa, rangkaian jamu yang dikatakan agak pahit ini jarang diterima oleh wanita.
Ada yang mengambilnya namun tidak secara berterusan sedangkan hakikatnya jamu-jamu ini cukup baik untuk kesihatan dalaman wanita. Sebenarnya, jika tidak sukakan jamu yang dijual di pasaran, anda sebenarnya boleh menyediakan jamu sendiri, mengikut resipi daripada bahan yang diakui berkhasiat.
Resepi asal dari Norzanariah Ismail ini boleh juga kita cuba untuk kesihatan tubuh badan. Paling penting dapat buang angin dan kempiskan perut. Wanita kena cuba ni!
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba -direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
3 cm halia muda
3 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Tumbuk halba hingga halus dan hancur.
2. Kemudian campurkan bersama halia, bawang putih dan lada hitam.
3. Tumbuk sampai hancur.
4. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
5. Boleh disimpan dalam satu bekas dan simpankan dalam peti sejuk.
Jamu ini boleh di ambil, 2 biji pagi dan 2 biji pada waktu malam selepas makan. Untuk hasil perut yang kempis, kena amalkan secara berterusan setiap hari.
Hasilnya bukan hanya perut kempis bahkan badan lebih ringan dan masalah angin dalam badan pun berjaya di atasi.
Siapa yang boleh amalkan?
Wanita yang bersalin secara pembedahan sangat disyorkan mengambil jamu seperti ini ketika di dalam pantang, bagi membuang angin dalam badan.
Selamat mencuba.
Sumber: Norzanariah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Ummi Nazeera memuat naik satu video sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dari dalam kenderaan (drive thru). Ummi dalam masa sama turut mendedahkan keputusan yang diperoleh selepas melakukan saringan itu.
Menurut Ummi, dia mengambil inisiatif sendiri mengikut saranan kerajaan supaya menjalani ujian saringan covid- 19 bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Dia juga turut mengkuarantin selama 14 hari
Hasil sample yang diambil pada bahagian tekak dan hidung menunjukkan beliau negatif daripada virus berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja..
“Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !
Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome#HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .
Mendidik anak bukan mudah, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Kedua-duanya perlukan kaedah Islam yang efektif, mak ayah kena lah tahu teknik psikologi.
Cara didikan ini penting untuk membantu anak-anak menjalani kehidupan dengan baik apabila dewasa.
Nak tahu cara panduan ini, ikuti 15 tip cara didik anak mengikut acuan Islamik.
1.ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
2.ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
3.AJAR ANAK SOLAT
Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
4.NAMA PANGGILAN YANG BAIK
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.
5.PELUK ANAK SETIAP HARI
Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7.BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
8.AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.
10.ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.
11.DENGAR BILA ANAK BERCAKAP
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.
12.TENANGKAN ANAK
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
13.TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.
15.TERIMA ANAK SEADANYA
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...