Sedar atau tidak, sebenarnya bab aurat antara sepupu sepapat tetap perlu dijaga. Namun ada juga yang ambil mudah, konon katanya sudah seperti adik beradik.
Bahkan ada sesetengah pasangan buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai. Mungkin juga dek kerana tidak faham tentang batas-batas aurat.
Lantaran itu, jom kita baca perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi untuk menambah ilmu pengetahuan agama berkaitan aurat.
Selalu perasan, ada pasangan yang buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai, atau dengan sepupu.
Sedangkan ipar duai atau sepupu itu auratnya tetap sama sebagaimana orang luar lain. Yelah, tahulah dulu main tuju tin, pondok-pondok, batu selambut, main sorok sama-sama.
Ads
Walaupun kenal sejak zaman kanak-kanak lagi, bila baligh hukumnya tetaplah haram dedahkan aurat.
Dulu mungkin boleh main sama-sama. Sekarang dah besar jangan dibuat main. Lain jadinya nanti.
Dari Uqbah bin Amir katanya: Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”.
Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. [Hadis Riwayat Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172]
Ads
Apa yang dimaksudkan dengan ipar itu ‘maut’?
Maksudnya, kena lebih berhati-hati bila bersama ipar duai sebab kita selalu berjumpa, bergaul, berbual dan dibimbangi yang biasa itu jadi luar biasa. Nah, itu juga jalan menuju zina jika tak dipelihara betul-betul.
Jadi, berpesan-pesanlah pada mereka yang tak tahu, atau yang buat-buat tak tahu atau lupa. Ingatkan, semoga tak terpalit dosa ya.
Sumber : Ustaz Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesebuah kediaman pasti akan ada Feature wall, satu ruang dinding yang ingin diserlahkan penampilannya. Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan warna cat tetapi ada juga yang menampal hiasan atau bahan seni yang sesuai, menarik lagi kreatif.
Jika ibu-ibu ingin mencantikkan feature wall ala-ala Wainscoting idaman dengan bajet hanya RM50, cuba ikut perkongsian dari Shafeq Bada ini.
Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco atau perabot boleh cuba buat ni kat ruang tamu.
Asalnya dinding memang kosong tak letak apa-apa. Frame pun nak beli bajet dalam beratus juga. Last-last aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dalam RM20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) dan inilah hasilnya. Dinding ala-ala corak wainscoting idaman. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak sudah nampak penuh rumah.
Bahan-bahan
1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri dan kanan dulu, last baru frame yang tengah supaya nampak seimbang.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki.
4. Bila frame dah siap lukis pakai tape, boleh la cat macam biasa.
5. Bila sudah siap cat, biarkan sampai cat kering.
6. Bukak balik masking tape yang korang buat tu then settle. Cuma kena touch sikit pada bucu-bucu frame tu jelah pakai cat. Then siap!
Buat ni tak sampai pun setengah hari. Jadi, ibu-ibu tak perlu lagi nak pening kepala beli wallpaper. Dapat jimat kos dan cara buat pun mudah sahaja kan. Jom cuba nanti!
Risaukan apabila anak tidak membuang air besar beberapa hari atau dikenali sebagai sembelit. Jika dibiarkan ia mungkin merujuk kepada masalah sistem pencernaan. Malah sembelit boleh menjejaskan proses tumbesaran kanak-kanaktermasuk bayi.
Jadi ibu ayah kena tahu cara untuk mengelak masalah ini. Melalui maklumat yang diperolehi, menurut Dr. Syahrul Bariah Abdul Hamid, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik,Fakulti Sains Kesihatan, Uitm Puncak Alam mengenai pemakanan yang betul mengelak masalah sembelit dikalangan kanak-kanak.
Sembelit kerap terjadi di kalangan kanak-kanak dan atas sebab itu, ia juga sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka mengandaikan ia adalah perkara biasa yang berlaku semasa proses tumbesaran, terutama apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pejal ketika berusia 6 bulan.
Menurut definisi, sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses itu atau najis adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.
PUNCA SEMBELIT
Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi kering dan keras.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada sembelit di kalangan kanak-kanak, termasuk:
1.Perubahan pada diet
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta air yg tidak mencukupi pada diet kanak-kanak boleh menyebabkan sembelit (Fujitani et al., 2018). Selain daripada itu, ia juga kerap terjadi pada bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal disebabkan perubahan diet cecair (susu ibu/formula) kepada makanan pejal.
2.Alahan kepada susu lembu
Alergi kepada susu lembu dan produk tenusu serta pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit.
3.Sejarah keluarga
Kebarangkalian berlakunya sembelit pada kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang berpengalaman menghidap sembelit adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan oleh genetic dan tinggal dalam persekitaran yang sama
4.Kegemukan atau berlebihan berat badan
Beberapa kajian mendapati sembelit kerap terjadi pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan kegemukan berbanding usia. Ini kerana, pengambilan harian mereka adalah kebanyakannya tinggi lemak, kurang serat dan air serta terhad aktiviti fizikal.
5.Menahan atau mengabaikan rasa ingin buang air besar kerana sibuk bermain, takut ke tandas atau tidak selesa menggunakan tandas awam apabila di luar.Kesakitan yang dialami semasa buang air besar menyumbang kepada trauma dan menyebabkan kanak-kanak akan menahan diri daripada membuang
6.Masalah latihan tandas pada usia muda
Sekiranya anak-anak diberikan latihan tandas pada usia muda dan tidak bersedia, ia boleh mendorong kanak-kanak untuk menahan buang air besar dan menyebabkan sembelit.
7.Perubahan pada rutin harian
Sebagai contoh, cuaca, tempat dan stress akan mendorong kepada sembelit.
8.Pengambilan ubat atau suplemen
Sesetengah jenis ubat dan supplemen boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
9.Masalah kesihatan
Sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan masalah kesihatan atau penyakit jarang berlaku, tetapi ia merupakan petunjuk kepada abnormaliti pada anatomi, metabolic atau system pencernaan atau disebabkan penyakit yang lain.
BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT?
1.Tingkatkan pengambilan air
Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanaka dalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya, kanak-kanak memerlukan 3 ke 4 gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala, bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.
2.Hidangkan makanan yang berserat tinggi
Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun dan epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit (Stewart & Schroeder, 2013). Serat tidak boleh dicerna, tetapi ia membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala, makanan yang tinggi lemak, gula dan berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit (Fujitani et al., 2018).
3.Pengambilan jus buah-buahan
Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit, sebagai contoh buah prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus buah sebanyak 120 ml – 180 ml sehari, manakala bagi bayi berumur 6 bulan ke setahun, tidak melebihi 120 ml sehari.
4.Aktiviti fizikal yang mencukupi
Aktiviti fizikal membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi, ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya.
5.Jadual makan yang tetap
Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar
6.Pengubahsuaian pada diet
Bagi bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. Ibubapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet si bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis kanak-kanak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibubapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar 2 ke 4 hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Malam tadi, ratusan jemaah yang rata-ratanya pelajar USAS sanggup menanti selama 2 jam sebelum solatkan 3 penuntut yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora kelmarin. Konvoi mengiringi jasad Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz tiba di perkarangan universiti tersebut jam 11.15 malam selepas proses post-mortem serta pengecaman identiti dijalankan.
Perasaan hiba turut dirasai khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga penuntut USAS berkenaan diberi ruang untuk berucap kepada jemaah selepas sesi solat ditunaikan. Tepat jam 12 tengah malam, konvoi tersebut berlepas pula ke kampung halaman masing-masing sambil diiringi waris dan keluarga terlibat.
Sekitar pagi tadi pula, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal telah selamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai. Tambah sebak, ramai waris serta penduduk tempatan mengiringi ‘perjalanan terakhir’ jasad pelajar berusia 19 tahun berkenaan dari kediaman keluarganya. Terdahulu, sebuah klip video memaparkan lambaian terakhir Nabil Haikal kepada ibunya di KL Sentral juga menjadi tular sejak semalam.
Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tiba di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai pada pukul 8.05 pagi tadi.
Dalam pada itu, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz difahamkan turut sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Nabil Haikal. Menerusi beberapa rakaman video dan gambar dikongsi oleh ahli waris, suami kepada Neelofa itu bukan saja dilihat menyertai sesi bacaan Yasin pada malam tadi. Bahkan dia turut dilihat mencangkul tanah kubur sekali gus menghadiri proses pengebumian penuntut USAS tersebut.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.