
Selepas bersalin, Uqasha Senrose mengakui dia kini semakin aktif dalam bersukan khususnya dalam aktiviti badminton.
Semuanya bagi mengembalikan semula berat badannya sebelum bersalin serta berat badan semakin bertambah selepas bersalin.
Tambah Uqasha lagi, selepas bersalin dia mula sedar badannya semakin bertambah besar dan membuatkan dia mula mengambil Langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.
“Bayangkan masa mengandung sembilan bulan, saya hanya makan sahaja dan tak buat apa-apa.
“Lepas itu saya bersalin caeser, makin lama saya rasa diri saya makin besar. Selepas empat lima bulan barulah saya mula bersenam dan barulah rasa sihat,” ujarnya berkongsi.
Akui Uqasha lagi, dia tidak hanya ditemani ahli keluarga bermain badminton tetapi turut ditemani suaminya, Kamal Adli jika ada kelapangan.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Guna 3 Bahan Ini Jika Mahu Wajah Naik Seri & ‘Pinkish’. Kena Cuba Ni!

Wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Berbeza dengan wanita sekarang yang lebih banyak bergantung kepada produk moden berasaskan bahan kimia. Mungkin kerana mereka malas dan berasa leceh bila perlu membuat sendiri produk berkenaan.
Tapi apabila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalaman juga perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
- Panaskan susu masukkan kunyit hidup
- Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
- Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
- Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Sumber: Afieyzea Aleeschayle
Pakej Kulit Sihat & Berat Badan Ideal, Lelaki Ni Kongsi Amalan Berkesan Yang Dibuatnya!

Melihat kecantikan yang dimiliki oleh orang yang berada di sekeliling kita, tidak dinafikan timbul juga rasa cemburu dan membuatkan teringin pula untuk mengetahui apa rutin harian yang dilakukan untuk kekal cantik.
Apatah lagi senario sekarang, memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat bukan hanya menjadi keutamaan orang perempuan malah orang lelaki juga tidak ketinggalan.
Buat follower Keluarga, sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdengan harga lebih murah di GO SHOP
Ini seperti mana Naif Safuan yang berkongsi tip penjangaan kulit wajah yang sihat. Bahkan menurutnya petua yang diamalkan itu boleh juga membantu untuk dirinya kuruskan badan.
Jadi buat anda yang sedang mencari petua cantik dan sihat, bolehlah cuba seperti yang dikongsikan ini. Bahan-bahan yang digunakan olehnya juga sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak itu sahaja, malah rasa air minuman yang diamalkan itu juga enak.
TIP PAKEJ KULIT CANTIK + BOLEH KURUS!
Bahan-bahan yang diperlukan
1 batang timun
2 biji epal hijau
2 biji buah kiwi
Cara penyediaan:
1.Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
2.Masukkan air dan kisar hingga halus.
- Sedia untuk diminum.
Tip ni sangat membantu untuk dapatkan kulit yang cantik dari dalam. Selain dapat kuruskan badan dalam masa sama dapat merawat kulit bermasalah.
KELEBIHAN AIR DETOX TIMUN/APPLE/KIWI:
* Membuang toksin dalam badan.
* Mengurangkan minyak pada muka
* Menyegarkan muka yang kusam
* Melembabkan kulit wajah
* Merawat masalah wajah dari dalam
* Merawat masalah buasir dan sembelit.
* Membantu mengempiskan perut.
* Menghilangkan bau badan.
* Kelebihan timun & apple boleh membantu melicinkan kulit wajah. dan anti jerawat.
**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.
Sumber : naif safuan
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Guna 5 Bahan Ini Rawat Bibir Hitam Supaya Kembali Merah Bak Delima

Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
- Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
- Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
- Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.