“Dulu Membesar Hasil ‘Air Tangan’ Ayah Tapi Kini …”Sebaknya Baca Kisah Adik Fariz Yang Hilang Ayah Akibat Kemalangan

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan insan tersayang memang perit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Seolah-olah separuh nyawa dibawa pergi bersama.

Adik Fariz Naufal yang berusia 5 tahun kehilangan ayah tersayang di dalam satu kemalangan jalan raya. Dia yang ketika itu membonceng motorsikal bersama arwah ayahnya turut mengalami kecederaan teruk. Kisah Adik Naufal ini dikongsikan oleh jirannya Eizan Ariffin.   Sama-Sama kita doakan semoga Adik Fariz cepat sembuh seperti sedia kala.


Ini Adik Fariz Naufal, 5 tahun. Dia adalah anak syurga kepada jiran, kawan saya Juli Razali.

Pada waktu ini, adik Fariz sedang berada dalam bilik pembedahan (OT) di Hospital Sg.Buloh. Kata ibunya, Fariz baru tertidur lepas dibius dan saya yakin sekarang ni team pakar neuro sedang menjalankan tugas mereka untuk memasang dan memasukkan kembali tempurung kepala adik Fariz Naufal (cranioplasty).

Untuk makluman sahabat semua, adik Fariz cederah parah dan mengalami ‘Severe traumatic brain injury’ akibat kemalangan bersama ayahnya pada Ogos 2017. Insiden itu telah ‘membawa’ ayahnya pergi buat selama-lamanya?.

Maka tinggallah Fariz berjuang untuk hidup tanpa ayah. Tiada lagi insan yang menemani dia siang dan malam. Sejak lahir, ayahnya yang menjaga dan menatang Fariz bagai minyak yang penuh. Memandangkan arwah bekerja sendiri. Fariz dibawa ke mana-mana sahaja. Fariz boleh dikatakan membesar hasil ‘air tangan’ ayahnya. Allah…

Namun, biarpun insan itu tiada lagi, Fariz masih mempunyai ibu yang sangat cekal hatinya, adik-beradik, saudara mara serta jiran tetangga yang tidak pernah berhenti mendoakan Fariz kembali duduk, bangun, berjalan dan berlari serta ceria macam dulu. Boleh makan makanan yang disukai…buat masa ni Fariz hanya minum susu melalui tiub. Sejak kemalangan, telah banyak proses pembedahan terpaksa dilalui oleh anak kecil ini. Bukan sehari dua pernah tinggal di hospital, malah berbulan-bulan.?

Masa ziarah Fariz baru ni, keadaan dia ada progres yang positif hasil rawatan fisioterapi dan akupuntur secara berkala. Kulit juga semakin cerah selepas hampir setahun Fariz tidak keluar rumah selain keluar ke hospital. Dan sejak 2-3 bulan ni, hampir setiap hari bibik akan tolak stroller Fariz, ambil angin luar rumah. Boleh juga Vitamin D untuk tubuhnya yang makin susut itu.

Fariz, acik Eizan dan semua sahabat kat sini doakan urusan pembedahan Fariz lancar tanpa sebarang komplikasi. Keep strong Fariz?.

 


Perkembangan Terbaru

Alhamdulillah..Allahuakbar
Keadaan Adik Fariz Naufal ada progres positif. Dr. sudah buka tiub oksigen dia. Lega dengar sebab tiub ni kalau pakai lama-lama boleh ganggu vocal cord. Kata ibunya, Juli Razali dua hari lepas Fariz demam tapi dah makin baik. Cuma batuk-batuk sikit, efek daripada tiub oksigen ini.

Tiub atas kepalanya juga sudah dibuka. Begitu plaster yang menutup jahitan turut dibuka. Dalam fasa ini pesan Dr, luka jahitan ini perlu dijaga sebaiknya. Dr juga pesan agar banyakkan berdoa agar tempurung kepala Fariz dapat grow dengan baik dan agar elok bercantum tanpa sebarang jangkitan.

Cuma sekarang ni, adik Fariz suka sangat nak sentuh kepala dia, mungkin rasa sedikit gatal pada bahagian jahitan. Jadi, ibunya perlu sentiasa pantau dan akan sapu sanitizer setiap kali nampak dia sentuh bahagian tersebut, bimbang jika ada jangkitan.

Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar tempurung kepalanya kembali normal. Fariz, teruskan berjuang! Acik Eizan dan semua saudara-mara, jiran dan sahabat maya tidak sabar tunggu Fariz sihat ceria.

Yeayy, kata ibunya hari ni Fariz dah boleh dicaj!

#FarizJuliKuat

Jom kita sama2 doakan Fariz ya & tinggalkan dalam komen kata-kata ‘ajaib’ buat Fariz dan ibunya serta Wani, kakak Fariz juga sebaya anak kedua saya; bakal ambil PT3 tak lama lagi….?.

Mungkin ada yang saya tak kenal anda siapa..tapi saya tahu, hati anda ikhlas doakan mereka. Terus berjuang Fariz!

#MakAnakEnam macam saya ni memang kaya air mata. Sungguh!

Sumber: Eizan Ariffin