Pelawak Vicha tidak mampu menahan sebak dan terharu, selepas dua tahun tidak pulang ke Indonesia akibat Covid-19, akhirnya dapat memeluk tiga anaknya yang datang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut ibu yang berusia 34 tahun ini, , dia akan menggunakan tempoh 10 hari anak-anaknya di sini dengan menghabiskan masa bersama dan bercuti.
“Kali terakhir saya berjumpa anak-anak adalah dua tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Memang gembira sangat akhirnya dapat berjumpa depan mata dan memeluk mereka.
“Selain bakal menyambut raya bersama, kami rancang untuk pergi bercuti. Tidak kisahlah ke mana pun mereka nak pergi, yang penting kami dapat bersama.
Vicha mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aurel Angelina Khezy, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista
Kesemua mereka tinggal bersama keluarga Vicha di Bandung, Indonesia.
Pada Ogos 2018, Vicha kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Nigeria bernama Johnson dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide.
Selain itu, Vicha berkata, ini juga menjadi kesempatan terbaik untuk anak-anaknya berjumpa adik mereka yang sudah berusia dua tahun kerana sebelum ini hanya berhubung menerusi panggilan video.
“Walaupun anak-anak sudah saling kenal sebelum ini, namun mereka hanya melihat wajah apabila kami berhubung menerusi panggilan video.
“Selepas berjumpa mereka sangat teruja dan banyak menghabiskan masa bermain bersama. Saya juga ingatkan anak-anak ‘no handphone’ supaya mereka dapat menikmati masa yang ada ini,” critanya.
Dia berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera agar mereka boleh kembali hidup bersama.
“Dah lama saya rancang untuk bawa anak-anak ke sini. Sekarang masih lagi dalam proses menguruskan segala dokumen. Saya mahu semuanya selesai dahulu agar perjalanan mereka ke sini nanti lebih lancar.
Sumber: mStar