Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jurulatih kecergasan dan juga merupakan pakar pemakanan popular Kevin Zahri. Dia sering berkongsi pelbagai tip kesihatan dan gaya hidup sihat di laman sosial TikTok.

Malah dia juga sering menjawab pelbagai  persoalan daripada netizen berkaitan latar belakangnya sejak kecil hingga kini dari pelbagai aspek. Malahan baru-baru ini ada juga yang mempersoalkan agamanya dan dengan tenang beliau mendedahkan dirinya adalah merupakan mualaf.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.

Dulu Kristian Kini Islam, Kevin Zahri Dedah Kisah Penghijrahannya. Tarik Perhatian Warganet!

Ya, Saya Muslim Sekarang-Kevin

Berdasarkan perkongsian video tersebut, Kevin mendedahkan dirinya dahulu membesar sebagai seorang Kristian dan mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia dengan erti kata lain dia adalah seorang mualaf.

“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).

Ads

“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” kata Kevin.

Dulu Kristian Kini Islam, Kevin Zahri Dedah Kisah Penghijrahannya. Tarik Perhatian Warganet!

Hidayah Milik Allah

Namun ternyata hidayah itu milik ALLAH. Segala berubah selepas mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu dia berumur 12 tahun.

“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.

“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” ujar Kevin lagi.

Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.

Ads

“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.

Dulu Kristian Kini Islam, Kevin Zahri Dedah Kisah Penghijrahannya. Tarik Perhatian Warganet!

Pendedahan dan penerangan bapa kepada dua orang anak ini menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan rasa syukur  serta memuji tindakannya ikhlas menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.

@kevinzahriLife is a journey of discovery ❤️♬ original sound – Kevin Zahri

Komen mereka:

“Alhamdulillah, saya suka sikap coach (jurulatih) yang sangat berterus terang dan sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,”

“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!,”

Ads

“Suka sangat cara dan penerangan jurulatih, sangat terperinci dalam menerangkan sesuatu walaupun soalan yang agak sensitif,”

“Pernah tengok Coach Kevin khatam Al Quran…”

 

Sumber : Kevin Zahri 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Dulu Kristian Kini Islam, Kevin Zahri Dedah Kisah Penghijrahannya. Tarik Perhatian Warganet!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Dulu Kristian Kini Islam, Kevin Zahri Dedah Kisah Penghijrahannya. Tarik Perhatian Warganet!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI