Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usianya yang masih muda dia sudah diuji dengan dugaan yang cukup hebat. Akibat serangan penyakit misteri, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11 tahun yang sebelum ini merupakan johan tilawah al-Quran peringkat Negeri Kedah kini tidak mampu untuk membaca kitab suci tersebut.
Menurut ibunya, Azwar hanya mampu memegang dan meriba sambil membuka helaian kitab suci tersebut sambil menangis berikutan keadaannya yang semakin lemah dan penglihatannya kian kabur.
Bukan itu sahaja, Che Anisah, 42 memberitahu anaknya kerap muntah setelah dibacakan ayat Ruqyah sebagai salah satu usaha merawat penyakit misteri yang ditimpa sejak pulang dari Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor, 29 Julai lalu.
Che Anisah yang tinggal di Madrasah Ar Rahmaniah, Seberang Pekan Sik, dan bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Manakala suaminya pula hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan yang tidak menentu.
Tambah Che Anisah lagi, Azwar kini tidak lagi mampu ke sekolah berikutan keadaannya yang lemah.
Ads
“Azwar hanya mampu berdiri pada rakaat pertama ketika solat, rakaat seterusnya dia akan duduk dan dia juga menghadapi masalah untuk sujud kerana sakit belakang, namun dia tetap tidak tinggalkan solat.
“Minggu lalu saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaan, tetapi doktor mengesahkan dia sihat.
“Saya juga membawa Azwar menjalani rawatan Islam dan setiap kali ayat al-Quran dibacakan, dia akan muntah dan berasa lega untuk seketika,” katanya.
Ads
Kekangan kewangan menyebabkan keluarga Azwar sukar untuk membawanya mendapatkan rawatan yang dicadangkan.
“Saya juga berharap pengamal perubatan di luar sana dapat membantu Azwar agar dia kembali sihat seperti sedia kala untuk terus mempelajari al-Quran dan bercita-cita untuk menjadi johan di peringkat kebangsaan pada tahun depan,” katanya.
Jika anda ingin menyalurkan bantuan untuk meringankan beban Azwar dan keluarganya, boleh hubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor di bawah:
Ads
Nombor telefon: 017 551 7084
Akaun Maybank Che Anisah: 1520 4039 2473
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kematian suami, isteri selalu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bila ada yang menyarankan ke KWSP untuk menuntut wang suami barulah isteri terpana bila mana gagal menuntutnya.
Sebenarnya isteri patut ambil tahu serba sedikit ilmu ini supaya tidak rasa kecewa apabila gagal mendapatkan wang tuntutan.
Salah satu perkara yang isteri-isteri wajib tahu adalah wang KWSP yang isteri langsung tiada hak walaupun isteri sebagai penama. Mengapa?
Tampil memberi kesedaran kepada isteri, khususnya surirumah di luar sana, Herda Johan , ibu anak 6 ni tampil membuat penjelasan supaya tiada kekeliruan. Bagus untuk kita tambahkan ilmu.
Surirumah Perlu Tahu Ni
Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri.
Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu?
(Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).
Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.
Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak.
Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.
Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?
Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.
PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.
Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.
Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak.
Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.
Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.
•••••
Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam).
Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.
•••••
Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan! Bukan gila harta.
Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.
Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.
Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.
Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.
••••
Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.
Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.
Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang…darah daging sendiri pun tak heran dah.
••••
Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.
Fikir-fikirkanlah akhirat sama…
Kredit: The Skop
Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.
Jadi untuk persediaan, mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.
Akak pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah takde, urusan dunia bukan hal si mati dah.
Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.
(Nota kaki : Akak bukan ejen takaful atau unit trust. Akak cuma surirumah yang ‘bodoh’ dan kena belajar! Apa yang akak share ni untuk celik mata surirumah supaya jangan duduk saja dan tunggu. Buat tindakan untuk masa depan. Jika info yang akak kongsikan ni tak betul silalah beri penjelasan lebih lanjut ye).
Kredit: Herda Johan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak perlu berhabis untuk mendapatkan kulit wajah yang gebu dan sihat jika anda rajin amalkan petua penjagaan kecantikan ini. Maklumlah, nak cantik kenalah usaha dan bila dah cantik kenalah maintain.
Untuk itu, apa kata amalkan petua yang dikongsikan oleh Huda Seman atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Tok. Menurutnya, untuk dapatkan kulit wajah berseri hanya menggunakan dua bahan sahaja dan menariknya kos yang digunakan untuk hasilkan sendiri ramuan tersebut cukup murah.
Jadi jom kita lihat petua ini.
“Mak Tok dah terai korang memang best weh hasil kejadiannya bile kite amalkan dan buat sendiri hasil memang puas hati. Yang mane nak muka glowing mowing meh cuba petua mak tok nie jer. Takat nak floles kan muke dan hege pon jimat meh #diykan jur.
“Hehe betul mak tok dah buat bukan tuk floles jer, jerawat ke parut jerawat atau muke blackout kalu amalkan sure cantik.
“Rasenya dah ramai yang tau kan kan. Jum kite pakat buat dan cantik tuk suami korang.”
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Gel Alovera
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Cara caranya :
Sagat timun dan kemudian asingkan. Perah dan ambil airnya sahaja.
2. Kemudian letakkan di dalam mangkuk dan campurkan dengan alovera. Kacau air timun dengan alovera hingga sebati.
3. Kemudian masukkan dalam dalam bekas spray dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara pakai :
Ketika hendak tidur atau masa free spraykan sahaja ke wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa tak sedap badan atau demam dan selsema pasti buat anda tak boleh tidur. Apa kata cuba praktikkan petua mudah ni.
Ramuan paling berkesan setakat ni kopi panas campur kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sikit untuk redakan selsema meleleh. Selain itu , bagi anda yang tak sedap badan atau rasa nk demam atau sudah demam pun boleh.
Lepas setengh jam badan berpeluh dah kebah selsema pun hilang.. tak payah mkn panadol..???????
Kredit: fb Nfl Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.