“Dulu Hari-Hari Abah Call…” Rindu Tiada Penghujungnya, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak
Jika kasih sayang ibu hingga ke syurga, kasih sayang ayah pula setiap masa.Bagi yang masih mempunyai ibu ayah harus sentiasa menghargai sementara mereka masih ada di dunia.
Apabila di jemput Ilahi, tiada lagi peluk, nasihat dan kata-kata prihatin yang sering menjadi diucapkan kepada kita.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebak dengan luahan hati seorang anak kehilangan ayah tersayang. Menerusi perkongsian, Johari Abdul Wahab yang kehilangan ayahnya menitipkan kata-kata nasihat supaya menghargai orang tua .
Katanya rasa rindu akan kata-kata nasihat ayahnya masih masih terngiang di telinganya.
Ads
Sesungguhnya ia rindu yang tiada penghujungnya. Tiada lagi tubuh untuk didakap dan dipeluk. Hanya pusara untuk melepaskan rindu.
KENANGAN BERSAMA ARWAH
Masa Abah aku masih ada hari-hari abah aku akan call aku..sehari 2 @3 kali..Abah aku akan tanya aku ..hang ada mana..dok buat apa…anak2 ok ka.. tenghari call tanya lagi soalan yg sama..malam call tanya lagi soalan yg sama.
Kadang-kadang aku rasa pelik..awat dok call kerap² sngt dan tanya soalan yg sama.. la ni bila abah aku dah tak dak baru aku tau pasaipa dia kerap call aku.. hang tau dak pasaipa.. pasai dia rindu kat aku..dia dah tua..dia tak gheti nak luahkan kerinduan dia kat aku..dengan dengaq sora aku terubat kerinduan dia pada aku..cuma masa tu aku tak faham.
Ads
La ni bila aku dah faham..dia dah tak dak utk call aku lagi…nanti bila hampa dah tak dak mak pak..hampa akan rasa kesepian..kehilangan dan kesunyian. Macam yang aku rasa lani.
PESANAN BUAT WARGAMAYA
Lani bila hang balik kampung. Mak pak hang dok call pesan bawa kereta elok-elok. Jangan dok keloloh sngt nila bawa kereta. Hang tak rasa bernilai. Bila hang sampai kampung mak pak hang dok tunggu sbb nak sambut hang dgn anak bini hang balik.
Hang tak rasa bernilai.. hang boleh salam..cium peluk mak pak hang..hang tak akan rasa bernilai. Nanti bila depa dah tak dak dan masa tu hang nak kampung. Bila dah tak dak orang nak call pesan kat hang bawa kereta elok-elok.
Bila hang sampai kampung tak dak dah mak pak hang nak sambut hang dgn anak bini hang..dah tak dak tangan hang nak salam dan cium. Tak dak dah badan hang nak peluk..masa tu hang akan rasa sunyi sayu dan kehilangan. Macam aku rasa hari ni, aku tulis ni pun ayaq mata dok meghambu keluaq…betul-betul aku kehilangan.
Benarlah kata perpatah, kasih seorang ayah sepanjang masa. Sudah tentunya akan memastikan anak sentiasa selamat dan dijaga dengan baik.
Tragedi meruntun jiwa seluruh dunia yang berlaku di Christchurch, New Zealand punya pelbagai cerita kepiluan.
Begitu juga dengan salah seorang mangsa tembakan rambang bergelar ayah yang menyelamat anaknya berusia dua tahun daripada terkena tembakan rambang.
Beliau yang cerdera parah dengan serangan itu, sempat baring atas anaknya bagi mengelak serangan itu.
Daily Mail melaporkan, pada Jumaat lalu, Averroes dibawa ke Masjid Linwood oleh bapanya Zulfirman Syah apabila Brenton Tarrant menyerang masjid itu yang mengorbankan tujuh orang selepas membunuh 42 orang di Masjid Al Noor.
Zulfirman ditembak beberapa kali pada tubuhnya untuk melindungi anak kecilnya sebelum orang ramai berjaya mengejar dan menangkap lelaki bersenjata itu.
Rakaman selepas serangan itu menunjukkan mangsa keganasan termasuk Averroes naik ke atas bapanya ketika Zulfirman terbaring menahan kesakitan.
Averroes terkena serpihan tembakan pada kaki dan punggungnya tetapi hanya cedera ringan, sementara bapanya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Isteri Zulfirman, Alta Marie memberitahu New Zealand Heral: “Suami saya melindungi anak kami semasa serangan itu, menyebabkan dia menerima banyak peluru dan kecederaan lebih kompleks daripada Averrose.”
“Dia pulih dengan baik dan kembali ceria,” kata Alta kepada The Sunday Times.
Sumber: Harian Metro dan Daily Mail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari ini rakyat Malaysia digemparkan kisah yang menyedihkan apabila tular kejadian seorang murid lelaki darjah enam merogol kanak-kanak berusia empat tahun. Di katakan perlakuan itu berlaku ekoran kesan murid darjah enam itu melihat paparan video lucah dalam telefom bimbit ahli keluarganya.
Kejadian itu telah memberi impak kepada setiap ibu bapa sehingga melahirkan kerisauan kepada anak-anak.
Perkongsian lelaki ini sungguh inspirasi apabila membincangkan sejauhmana tindakan yang perlu ibu bapa lakukan. Info yang sungguh bermanfaat untuk memantau anak-anak apabila menggunakan telefon bimbit.
Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun.
Ibu-bapa wajib belajar teknik pemantauan ini.
Menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan. Itu 3 perkataan yang boleh kita gambarkan apabila terjadinya perkara yang menyakitkan ini.
Mencari siapa perlu dipersalahkan dan apa yang perlu dipersalahkan adalah perkara biasa dilakukan orang.
Apa kata kita kalih sedikit pandangan dan buka mata seluas-luasnya bagaimana kita boleh elakkan perkara ini dari terjadi lagi.
Dua aspek utama dalam penyelesaian sesuatu masalah adalah benda di luar kawalan dan di dalam kawalan. Di dalam kejadian ini, ramai yang menyalahkan gadjet, video, internet dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya laman web pornografi dan aplikasi yang menjurus ke arah yang tidak baik.
Kebanyakan dari apa yang saya nyatakan di atas tidak boleh dikawal. Gadjet dan telefon pintar telah menjadi keperluan berbanding kehendak pada beberapa tahun yang lepas. Video yang dimuat turun dari internet atau dikongsi dari kawan juga kita tidak boleh kawal sepenuhnya dan capaian ke laman web pornografi sampai bila-bila pun kita tidak dapat sekat 100%.
Apa sebenarnya kanak-kanak yang tak dipantau ini tengok di telefon pintar mereka?
1. Gambar dan video lucah 2. Video wanita dan kanak-kanak berjoget di Tik Tok 3. Live video wanita seksi di Bigo Live 4. Berbual tanpa batasan dengan sesiapa pun tidak kira jantina.
Ini semua menjurus kepada keinginan untuk mencuba dan keseronokan yang mereka tidak cukup faham mengenai keburukannya.
Jadi, apakah kita tiada kawalan langsung? Pastinya ada tetapi memerlukan ibu-bapa sedikit celik dengan perkembangan teknologi telefon pintar dan aplikasi yang berkaitan.
Pertama sekali, kawalan dan pemantauan penggunaan telefon pintar anak. Set masa setiap hari untuk memeriksa telefon anak. Apa yang perlu kita periksa? Kita mulakan dengan aplikasi yang tidak baik dan menjurus ke arah pergaulan tidak baik dan seks.
1. Bigo Live 2. Tik Tok 3. Snapchat 4. Tinder 5. Tagged 6. Kik.
Kesemua aplikasi ini pada mulanya dicipta untuk tujuan yang baik tetapi akhirnya digunakan untuk bersosial secara melampau dan tiada batasan. Aplikasi live, aplikasi chatting ini kebanyakannya tidak dipantau oleh pembuat aplikasi yang seronok mengaut keuntungan dari iklan dan lain-lain jualan di aplikasi tersebut.
Jika ada yang menggunakan aplikasi itu dengan cara yang baik, itu hak anda, tetapi aplikasi itu tetap tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Ada dua lagi kategori aplikasi yang perlukan lebih penerangan.
1. Wajib pantau semua aplikasi LIVE yang seakan Bigo Live. Ada aplikasi seperti itu yang tiada dalam playstore atau appstore dan kebarangkalian di masukkan dari perkongsian telefon kawan dan laman web. Cari aplikasi yang ada perkataan LIVE dan buka aplikasi itu dan periksa sendiri bagaimana ia berfungsi.
2. Aplikasi vault (peti besi). Aplikasi ini ada bermacam jenis dan nama. Fungsi utamanya adalah untuk menyorok fail dari pandangan orang lain yang menggunakan telefon itu. Contohnya folder rahsia yang di dalamnya mempunyai gambar-gambar dan video yang pemilik telefon mahu rahsiakan dari orang lain. Cari aplikasi yang mempunyai nama VAULT, SAFE, SECURE, FOLDER, SECRET, HIDE, HIDDEN, ARCHIVE, PERSONAL, PARELLEL DAN PRIVATE.
Ada juga kemudahan menyorok fail ini terbina dalam terus di dalam telefon dan tidak perlu download atau instal aplikasi untuk menggunakannya. Cari dan lihat apa yang disorokkan anak menggunakan aplikasi ini.
Samsung Secure Folder. Huawei Private Space. Xiaomi Second Space. Vivo Private Space.
Akhirnya, ada satu lagi cara licik yang memerlukan anda faham bagaimana ianya berfungsi. Ia tidak memerlukan apa-apa aplikasi pun. Tetapi semua gambar dan video boleh disorok di dalam folder itu.
Buka sahaja apa-apa file manager (contohnya MY FILES untuk samsung). Cari pilihan settings untuk “Show Hidden Files”.
Konsep hidden files di android mudah sahaja. Semua files dan folders yang ada NOKTAH atau TITIK di hadapan nama fail secara automatiknya dianggap sebagai “hidden file atau folder”. Mereka yang licik akan hide semua gambar dan video di dalam hidden folder ini. Mereka hanya perlu cipta satu folder baru dengan apa juga nama beserta titik di hadapan nama folder itu. Hasilnya, semua fail tak kira gambar atau video di dalam folder yang disorok itu tidak akan kelihatan di gallery.
Pilih untuk show hidden files dan carilah folder yang ada titik di hadapan. Bukan semua folder sebegitu dibuat secara sengaja untuk menyorok file, ada yang dicipta oleh aplikasi di telefon sendiri untuk kegunaan lain.
Sudah sampai masanya kita perlu lebih berilmu untuk tidak ketinggalan dan dipermainkan anak-anak kita. Umur 12 tahun ini walaupun otak mereka sangat cergas dan mudah mempelajari semua benda, tetapi konsep membandingkan apa yang baik dan buruk itu masih lemah.
Tanggungjawab itu masih di tangan ibu-bapa dan jalankanlah ia dengan baik. Jika anda tidak tahu berkenaan hal yang saya sebutkan di atas, ketahuilah yang kebarangkalian anak anda terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak baik ini adalah tinggi dan tanpa pengetahuan anda.
Hasilnya, datang keinginan untuk mencuba dan meniru serta melakukan apa yang mereka lihat. Itu yang terjadi dengan kes budak darjah 6 merogol anak kecil berumur 4 tahun baru-baru ini.
Pantaulah anak anda, kenali kawan-kawan mereka dan ajar serta didik mereka mengenai apa yang baik dan tidak baik. Terangkan kenapa, mereka perlukan sebab. Jika tiada sebab, memang susah untuk mereka faham kenapa tidak boleh melakukan itu dan ini.
Akhir sekali, didik anak kita mengenai apa yang orang lain TIDAK BOLEH LAKUKAN terhadap dirinya. Contohnya seperti menyentuh dan memegang tempat sulit. Ajar juga mereka untuk meronta atau menjerit serta mengadu mengenai perbuatan itu.
Semoga anak-anak kita dilindungi sentiasa dan dijauhkan dari kejadian-kejadian yang buruk.
Kongsikan maklumat dan info penting ini supaya ibu-bapa lebih berilmu dan peka mengenai aktiviti anak di telefon bimbit mereka.
Semoga panduan ini menjadi rujukan ibu bapa bagi memantau penggunaan smartphone anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali tibanya musim cuti sekolah, itu bermaksud bermulanya extra kerja untuk setiap ibu-ibu. Sama ada bagi anda seorang suri rumah sepenuh masa atau berkerjaya. Cabarannya berbeza daripada hari-hari anak bersekolah. Ini semua antara kita sedia maklum. Maklumlah seharian anak-anak kita akan berada di rumah pasti ada macam-macam ragam dan kerenahnya.
Pun begitu, apabila di lihat daripada sudut lain, sedar atau tidak sepanjang cuti sekolah juga bermakna kos perbelanjaan harian dan barangan dapur juga turut meningkat. Apa tidaknya, sarapan, makan tengah, menu makan malam hatta kudap-kudapan harus diadakan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Jadi ketahui trik untuk memastikan anda tetap boleh berjimat sepanjang cuti sekolah ini. Jom semak.
Salah satunya, boleh guna kod promo niuntuk dapat diskaun terhebat.
Harapkan anak sulung
Jika anak sulung anda sudah remaja dan adik-adiknya boleh uruskan diri sendiri, jadi bolehlah kita harapkan anak sulung untuk menjaga adik-adiknya di rumah sepanjang cuti sekolah. Jadi tidak perlu lagi di hantar ke rumah pengasuh, jimat kos. Pun begitu sebagai balasannya, berilah sedikit upah kepada anak sulung tersebut kerana telah menjaga adik-adiknya.
Sekali Masak Untuk Sarapan dan Lunch
Sebaiknya anda bukan sediakan duit poket untuk dibelanjakan oleh anak-anak bagi membeli serapan atau pun makan tengah hari sepanjang ada di tempat kerja. Cara paling menjimatkan adalah anda perlu masak untuk mereka. Carilah menu yang sesuai untuk sama ada sebagai sarapan mahu pun makan tengah hari. Contohnya seperti nasi lemak, mi goreng, dan sebagainya. Selain itu, anda juga bolehlah bawa bekal makanan tersebut ke pejabat. Cukup menjimatkan!
Belanja barang dapur dalam kiraan pukal
Umumnya bila semua anak-anak ada di rumah dan kita pula akan masak setiap hari, pasti keperluan barangan memasak akan cepat habis. Oleh itu rancang sebaiknya dan jika boleh beli barangan dapur seperti bawang, kentang, cili dan sebagainya dalam kiraan pukal agar lebih menjimatkan.
Jangan lupa guna kod ini untuk pembelian barang keperluan dapur. Klik sini.
Kurangkan ke Shopping Mall
Hujung minggu bawa anak-anak berjalan-jalan itu memang aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak tentu bosan pula mereka terperuk sepanjang waktu di rumah. Pun begitu sebaiknya lokasi yang hendak dituju bukanlah ke shopping mall semata-mata. Bukan apa, biasanya hujung tahun beginilah semakin rancak shopping mall adakan promosi. Bimbang nanti terjebak dengan pembelian tak dirancang. Bukankah itu nanti membazir?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...