“Dulu Hampir Putus Asa hingga Doa ” Bukan Bukan” Pada Ainul.” Bapa Imbas Momen Sebelum Kisah Anaknya Viral

Share

Saban hari, perkembangan anak kecil bernama Ainul Mardhiah ini dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman facebook. Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi momen sewaktu anaknya menghadapi masalah ketumbuhan pada bahagian mulut.

Bapa kepada bayi yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini mendedahkan dia tidak pernah membiarkan anaknya itu terperap di dalam rumah. Sebaliknya sentiasa membawanya ke mana sahaja termasuklah ke kedai.

Begitu pun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya kerana tidak ingin menjadi perhatian orang ramai.

 

Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? .

Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .

Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. .

Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia. .

Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. .

Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati. 

Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .

Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. .

Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. .

Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul. .

Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. 

Jangan putus asa. .

Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. .

Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. .

Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. .

Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!