Dulu Hadiahkan Rumah, Kini Bawa Bunga Pula. Suka Tengok Cara Syafie Jaga Dan Layan Mak. Memang Anak Soleh, Terbaik.” Puji Netizen!

Share

Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya.  Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Awal Mei lalu, dia membeli sebuah rumah untuk ibunya.

Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana  impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.

Menurutnya, sudah lama dia menyimpn hasrat tersebut  dan mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam bidang seni pada 2006.

“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.

“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya.

Terbaru, Syafie  memuat naik satu video melawat ibunya yang sedang sakit di hospital sambil membawakan sejambak bunga. Selain itu, dia turut menyuap makanan kepada ibunya yang cukup murah dengan senyuman.

Kapsyennya cukup ringkas namun mendalam maknanya. Nyata Syafie adalah seorang anak prihatin dan soleh.

Bahkan, pengikutnya turut memuji akan tindakan pelakon tersebut.

nasha_636Terbaik!!!! Anak emak ..@syafienaswip .Semoga ibumu cepat sembuh.

miera_rosdiSyafakillah? suka tgok cara syafie jaga n layan mak dia,ank soleh??

the_only_ezzairilAlahai baiknya budak ni ??? terbaik lah

rieffazulaikhaSebakkk…untung mak adikkk punya ank gini..Alhamdulillah

richraisyaHospital yg sama kubawakan belon spt itu utk arwah ibuku. Alfatihah buat ummi. Semoga mak @syafienaswipcpt sembuh. Baiknya hati kamu duhai anak. Berbaktilah selagi ada hayatnya.

nurlidza_awMoga auntie cepat sembuh.. jaga mak ya dik selagi masih ada.. ??

uwaiscomelSuka tengok emak @syafienaswip senyum aje…. GWS utk emak awak…

_miss_keiMasuk habuk plak mata ptg2 nie ?

faridah_msSmg mak cpt sihat.Gembira mak tgk ank dia dtg bwk bunga

zrin_naKamu seorang anak yg baik dik…untung mak kamu…. Anak syurga amiin

Sumber: IG syafienaswip