Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
2. Limau Nipis Dan Beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh
3. Baking Soda Dan Cuka
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club