Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Remaja 17 tahun meninggal dunia makan bihuntelur mata, bapa tunggu laporan bedah siasat. Keluarga remaja yang maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng dibawa balik ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di Gombak, semalam tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak buat masa ini.
Remaja 17 Tahun Meninggal Dunia Makan Bihun Telur Mata
Kamal Baihan 53, bapa kepada Luth Izhar, 17, berkata dia sebaliknya reda dengan kejadian menimpa anak ketiganya itu dan menganggap apa yang berlaku mungkin satu kebetulan.
Katanya, dia difahamkan pihak hospital bahawa bedah siasat yang dijalankan di Hospital Selayang (HS) hari ini belum dapat memastikan punca sebenarnya kematian anak bongsunya itu.
Kamal Bayan, 53, bapa kepada Luth Izhar Kamal, 17, yang maut dipercayai akibat keracunan makanan, semalam. Beliau ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Selayang. NSTP/NOR AZIZAH MOKHTAR
Bapa Tunggu Laporan Bedah Siasat
“Keputusan bedah siasat pun mungkin akan ambil masa lama untuk pastikan perkara ini (punca kematian anaknya) disebabkan keracunan atau tidak (menunggu analisa Jabatan Kimia).
“Tetapi ada beberapa aduan (tentang keracunan) lain termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia.
“Walaupun kejadian ini berlaku selepas kami makan makanan lebihan dibawa balik isteri saya, tetapi saya tidak mahulah (tuduh), kerana selama ini tiada apa masalah pun.
“Kalau kita hendak kaitkan dan sebut nama sekolah agama itu, kita pun rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HS di sini, hari ini.
Berita Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, kelmarin.
Gambar kenangan arwah Luth Izhar (berdiri dua dari kiri) bersama keluarga. Harian Metro
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Isteri Bawa pulang bihun dan telur goreng
Bercerita mengenai hari kejadian, Kamal berkata pada Sabtu lalu, isterinya membawa pulang bihun dan telur goreng selepas menghadiri satu program peringkat daerah di sebuah sekolah di Sungai Cincin dekat sini.
Katanya, beliau bersama isteri serta Luth Izhar memakan bihun bersama telur goreng sementara dua lagi anak perempuannya hanya makan bihun.
“Arwah makan paling banyak telur itu kira-kira tiga biji dan selang tidak lama kemudian, saya, isteri dan arwah mulai sakit perut, tetapi dua anak perempuan saya tiada masalah.
“Saya tak sempat bawa arwah ke klinik kerana dia tidak larat bangun dan bergerak sendiri. Semalam, saya keluar sebentar ke klinik dan menyangka arwah tidak apa-apa namun sebaik pulang pada tengah hari, saya terkejut kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Kamal berkata, jenazah anaknya selesai dibedah jam 1 tengah hari tadi dan terus dibawa ke Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak untuk disembahyangkan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, petang ini.
Sementara itu, difahamkan jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia sudah selesai dibedah siasat di Unit Forensik HS, pada jam 6 petang, semalam dan sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Bapa mangsa, Nazrol Shah Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya memaklumkan segala urusan pengebumian jenazah anaknya, Nur Delisha Madihah sudah selesai disempurnakan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah, bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.
“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dalam program itu dan dakwaan membabitkan dua kematian itu melibatkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.
Tambahnya, JAIS masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.
Difahamkan, terdapat 82 mangsa termasuk 48 perempuan yang mengalami gejala cirit-birit dan atau muntah bermula Sabtu lalu.
Pejam celik, esok kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Pada yang sudah berkeluarga, menjadi tanggungjjawab besar bagi anda untuk memastikan hidangan sahur dan juga berbuka disediakan untuk dinikmati bersama.
Namun ramai yang mengalami masalah terutamanya yang masih bujang apabila liat untuk bangunsedangkan bersahur itu adalah sunat yang sangat dituntut.
Agar anda tidak terlajak sehingga masuk waktu Imsak, apa kata amalkan tips menarik di bawah ini.
Tidurlah lebih awal pada sebelah malam. Jika badan kita cukup istirehat maka lebih mudah untuk kita bangun bersahur dalam keadaan segar.
2. JANGAN LUPA NIAT YA!
Kalau boleh baca niat untuk sebulan terus. Bukan apa, bimbang kita terlupa. Niatkan juga dalam hati dan mohon kepada Allah agar kita mudah untuk bangun bersahur.
3. KUNCI JAM LOCENG
Sebelum tidur, pastikan kunci siap-siap jam loceng sekurang-kurangnya dengan adanya deringan yang kuat ia boleh mengejutkan kita dari tidur yang lena.
4. JAGA MAKAN
Elakkan memakan makanan yang berat sebelum masuk tidur kerana ia akan mempengaruhi tubuh dan membuatkan kita berasa malas untuk bangun.
Adat bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti melalui fasa pasang surut dalam hubungan.
Perbalahan yang terjadi adakalanya menjadi ‘pemanis’ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dalam menelusuri alam perkahwinan secara matang.
Dramatis jelita Lisdawati bersyukur perkahwinannya bersama suami iaitu pelakon Fauzi Nawawi yang meniti usia 15 tahun kekal harmoni, walaupun berdepan cabaran mempertahankan keutuhan mahligai yang dibina.
Ujar pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin itu, bohong jika tidak berdepan ujian demi mengekalkan perkahwinannya, lebih-lebih lagi untuk menangani sikap ‘panas’ suami tersayang.
Pertemuan ketika meraikan majlis ‘persandingan semula’ mereka baru-baru ini menyingkap rahsia keharmonian rumah tangganya bersama Fauzi.
“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat ‘panas’ (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya,” kata selebriti berusia 44 tahun itu.
Kongsi pelakon filem KL Menjerit itu lagi, lapan tahun pertama usia perkahwinannya, kesabarannya teruji apabila perlu bersabar menangani sikap panas baran Fauzi.
“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah.
“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang.
“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” katanya.
Disoal tentang pendekatan yang diambil jika berlaku salah faham, Lisdawati memilih untuk berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka.
Menjadi ibu kepada sembilan orang anak termasuk empat hasil perkahwinan pertama Fauzi serta seorang anak angkat, Lisdawati seboleh-bolehnya mengelak daripada berbincang secara berdepan kerana bimbang akan berlaku pertikaman lidah.
“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.
“Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.
“Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan,” ujar nenek kepada dua orang cucu itu.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.