Bagi pelayar Instagram, pasti kenal dengan si cilik bernama Fatimah ini. Tagline ‘Jangan panggil Timoh, kalau panggil Timoh, panggil Fatimah semula’ cukup sinonim dengan Fatimah.
Walaupun tinggal di UK, namun si kecil ini cukup pekat dengan loghat negeri Kelantan.
Setiap video yang dikongsi di laman Instagram milik keluarga ini pasti mendapat perhatian ramai. Tidak hairanlah mereka cukup dikenali oleh orang Malaysia.
Terbaru posting berkenaan abang kepada Fatimah, Mukhtar yang berjaya menjadi salah seorang pelajar di sekolah terkenal dunia, King Edward’s School, Birmingham.
Bukan mudah nak tempatkan diri dan belajar di situ. Memang bertuah dan cukup hebat Mukhtar ni. Siap dapat tajaan biasiswa penuh tu. Bukan calang-calang orang ni!
Dalam usia 10 tahun Mukhtar sudah berangan untuk belajar ke sini dan seterusnya ke Universiti Oxford. Paling membanggakan dia antara yang mendapat tajaan penuh biasiswa di kalangan 125 orang pelajar sahaja. Memang hebat sungguh!
Hari yang paling dinanti-nantikan akhirnya tiba. Saya secara rasmi berjaya menjadi pelajar lelaki di King Edward! Saya sangat merendah diri dan teruja dengan perkara ini! Terima kasih Allah kerana makbulkan impian saya! Terima kasih Mak, Ayah dan seluruh keluarga kerana berada di sisi saya di hari bersejarah ini. Saya harap saya boleh buat korang terus bangga dengan saya!
Sekolah ini antara yang terbaik kerana prestasi akademik sekolah menempatkannya di antara yang terbaik di negara ini: 68% mendapat straight A’ s di GCSE pada 2015 dan 18 kanak-kanak lelaki ke Oxford dan Cambridge. Sekolah King Edward berpindah ke IB Diploma pada tahun 2010, menggantikan A-level sepenuhnya.
Diploma IB 2015 mencecahkan rekod sekolah apabila berjaya menghasilkan tiga markah tertinggi iaitu 45 – skor yang hanya dicapai di 160 buah sekolah di seluruh dunia. Sekolah ini juga mempunyai kehidupan kokurikulum yang sangat menarik kerana mempunyai pelbagai aktiviti seperti sukan, muzik, drama dan banyak lagi.
Sumber: thefamily.uk