Dulu-dulu Asal Raya Je Mesti Mak-mak Buat Kek Oren. Rasanya Memang Sedap & Tak Muak. Ni Resipi Boleh Cuba!

Share

Mengimbau kenangan antara kek yang mak-mak kita akan buat bila tibanya Syawal mulia, dan sangat-sangat kita nantikan bila mak memasaknya lain tak bukan adalah kek oren. Keenakan rasanya sudah dapat dihidu ketika sedang dibakar lagi. Memang semerbak dan buat kita yang ketika itu masih kecil tidak sabar untuk menjamah kek tersebut. Sekali makan memang nak makan lagi, langsung tak muak.

Jadi untuk mengembalikan nostalgia dulu-dulu, apa kata raya tahun ini kita sediakan pula kek oren ini untuk dinikmati oleh anak-anak dan suami tercinta. Resipinya seperti yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamira.

Ini perkongsiannya.

Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak. Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang

Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua!

Sumber :  Nieza Nor Hamira

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club