“Dulu Dating Tunggu Tiket Wayang, Sekarang Tunggu Giliran Ambik Anak Sekolah.” Sweetnya Alif Satar & Isteri!

Share

Setiap pasangan suami isteri punya cara tersendiri untuk menghabiskan masa bersama. Sementelah anak-anak ada pasti peluang tersebut agak terhad. Namun jika bijak ‘mencuri masa’ pasti tiada masalah.

Demikian juga dengan selebriti terkenal ini. Hos dan pelakon Alif Satar baru-baru ini berkongsi cara menghabiskan masa bersama isteri kesayangannya. Walaupun lucu tapi cara tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

Menerusi laman instagramnya, Alif memuat naik sekeping foto bersama isterinya di dalam kereta ketika menunggu anak mereka pulang dari sekolah untuk tatapan umum.

“Dulu dating tunggu tiket wayang, sekarang tunggu giliran ambik anak kat sekolah,” ungkap Alif menerusi ruangan kapsyennya.

Rata-rata selebriti dan netizen meninggalkan komen memuji pasangan ini yang cukup sweet.

faizal_tahir Allah bless this family abundantly dunya akhirah ❤️

zarazya Shuweeettttttt 😍

rozing344 Untong laaa.. Ble ambik anak sama²😁

hazila_nor Best moment tu ..😊😊

atulstereo Tunggu amik anak sekolah pon sweet jugakk😍😍

umminadiatusyafiqahmad Dakpaaa… Tu pun kira datingggg baa 💖😂😂

Malah, salah seorangnya sempat bergurau bertanyakan tentang kesan gincu Shadila yang melekat pada baju Alif.

nazrinzubir baju tu tak kena lipstick stain ke haha sorry curious

Pertanyaan tersebut dibalas oleh Alif.

alifsatar @nazrinzubir kena.. disengajakan

siszie_88 @alifsatar itu cop pengesahan kan…

Sumber: IG alifsatar