Dulu Cuak Bila Isteri Hamil Mengadu Sakit. Penjelasan Bapa Ini Memang Mengejutkan!

Share

Memang apabila bergelar suami, serba serba kena tahu terutama apabila pengalaman pertama bergelar ayah. Kadang kala, apabila isteri mengadu rasa sakit, letih dan sebagainya, membuatkan ada yang rasa cuak. Maklumlah 9 bulan mendengar keluhan yang sama daripada isteri.

Kongsi cerita dan panduan oleh bapa ini Taufiq Razif ada benarnya. Ikuti kerkongsiannya.

Dulu saya la paling cuak kalau isteri saya mengadu sakit pinggang lebih-lebih lagi masa tengah hamil anak pertama kan.

Padahal kontraksi di awal-awal kehamilan ni boleh jadi kontraksi palsu je ( Braxton Hicks Contractions ). Bezanya kontraksi palsu dengan kontraksi nak melahirkan ni adalah kontraksi palsu tu tak teratur dan kadang-kadang je muncul. Ia boleh menyebabkan rasa tak selesa je tapi kadang-kadang boleh menyakitkan.

Saya faham sangat apa yang si suami rasakan lebih-lebih lagi kalau takde langsung ilmu tentang kehamilan isteri.

Sini sana nak ajar sikit ilmu nak tahu isteri kita ni dah nak bersalin ke belum. Ada 3 tanda utama kalau isteri nak bersalin, terutamanya bila dah cukup bulan.

1. Keluarnya air ketuban
Cuma kadang-kadang ada yang konfius samada tu air ketuban atau air kencing. Segera pergi ke doktor untuk kepastian ye. Cuma kalau ketuban pecah sebelum 37 minggu kehamilan, ia dipanggil Preterm Premature Rupture of Membranes ( PPROM ). Yang ni memang kena cepat-cepat pergi jumpa doktor sebab banyak komplikasi boleh berlaku pada bayi dalam kandungan tau.

2. Keluar ‘bloody show’
Lendir yang berwarna coklat atau bercampur darah keluar daripada vagina isteri. Kalau dah ada ni cepat-cepat la bawa isteri ke hospital ye.

3. Kontraksi yang berterusan
Biasanya isteri korang tu akan rasakan kesakitan yang makin lama makin kerap. Makin lama makin kuat dan akhir sekali sakitnya boleh jadi setiap 5 minit sekali. Kalau si isteri dah mengadu sakit di bahagian belakang dan pinggang yang berterusan, makin lama makin kuat dan teratur tu maknanya dah tak lama dah tu walaupun dia mengadu di tengah malam buta.

Jadi, kepada para suami di seluruh dunia, tolong jaga isteri kita ye. Kalau dia mengidam tu tunaikan je la asalkan bukan benda yang merapu. Sebab kita tak tahu, itu mungkin permintaan yang terakhir dia.

Bersalin dan proses kelahiran ni bukan proses yang biasa, ia melibatkan dua nyawa yang bila-bila masa je boleh pergi selamanya. Itu lah pengorban dasyat yang para isteri kita semua sanggup hadapi! Tolong sebarkan ilmu ni kat kaum keluarga dan suami masing-masing juga ye. Kita taknak ada lelaki yang tak tahu ilmu ni sampai ada isteri terpaksa beranak dalam kereta sebab si suami takde ilmu nak cam tanda-tanda nak beranak ni!

sumber: Taufiq Razif