Bunga butang bukan sahaja ditanam untuk mencantikkan laman kediaman, malah kalau ada yang masih ingat, bunga inilah juga yang sering kita petik semasa bermain dengan kawan-kawan ketika zaman kecil dahulu.
Tapi tahukah anda, bunga butang ini banyak keistimewaannya yang tersendiri. Malah mungkin ada yang terkejut bila mana bunga butang yang comel itu, boleh dijadikan air minuman!
“Sejak tahu bunga butang ni sejenis ‘edible flowers’, banyak saya tanam di dalam kawasan kebun pada musim yg lalu.
“-MaslizaSelain mencantikkan kebun sebagai ‘garden boarders’, pokok butang ni banyak khasiat.
KELEBIHAN BUNGA BUTANG
2. Bunga butang ni pun bole di buat teh dengan cara meredam 2-3 kuntum bunga ke dalam air panas dan dicampur dengan madu.
3. Senang ditanam cuma tabur benih dan mudah dijaga kerana tidak perlu disembur dengan racun serangga seperti kebanyakan pokok bunga.
Sumber : Masliza Maaris
Manakala ini pula merupakan perkongsian daripada puan Nur Halifpah melalui Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, di mana beliau berkongsi resipi menyediakan minuman dengan menggunakan bunga butang ini. Jom semak.
“Semalam saya pos pasal bunga nie boleh buat teh…pagi nie saya breakfast dengan air rebusan bunga butang…klu org tanya apa rase..bg pendapat saya rase nya lagi sedap dari teh biase…ade aroma bunga n warna nya sweet sgt…cantik…bagi pendapat saya . bagi yg baru nak cuba klu rase was2 minum la sikit dulu klu ade sebarang kesan negative xperlu la minum..sebab badan kita laen2 so penerimaan pon setiap org berlainan…”– Nur Halifpah
Bahan-bahan:
Amik 10-15kuntum bunga butang(saya amik warna purple sebab nanti air bertukar warna)
Cara Penyediaan :
Ekstra tip : Boleh diminum dgn gula batu atau madu (Saya gna gula biase je)