Peminat sebelum ini tertanya-tanya akanhubungan penyanyi Ernie Zakri dan pasangan duetnya, Syamel sama ada mereka bercinta atau tidak. namun hari ini segala persoalan ternoktah bila mana mereka selamat mengikat tali pertunangan.
Berita pertunangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Syamel menerusi muat naik di Instagram memaparkan beberapa foto sekitar majlis pertunangan bersama Ernie.
Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.
Ads
“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.
“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati dan Kau Pun Sama itu memberitahu, ia belum dibincangkan lagi.
Ads
“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya.
Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.
Ads
Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.
Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nahas jalan raya, tujuh mangsa maut, dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Nahas Jalan Raya, Tujuh Mangsa Maut
Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“Mereka belum tahu lagi (pemergian ibu bapa) walaupun mereka sedar kerana kita tak mahu menganggu emosi mereka.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri Fauziah Jaafar, 69.
Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini menyambut kelahiran dua cucunda.
Lebih menggembirakan, Tuanku berdua dikurniakan sepasang cucunda.
Berita gembira tersebut dikongsikan laman Instagram Istana Negara. Dalam Kapsyen tersebut, turut dikongsikan nama cucunda lelaki iaituTengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser lahir pada Isnin (31 Januari).
Manakala cucunda perempuan yang lahir pada Rabu (2 Januari) diberi nama YM Tengku Aleya Norlini.
“Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
“Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
“YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
“Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YHM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Pelbagai jenis masakan berasaskan cendawan menjadi kegemaran ramai ia termasuk cendawan tiram.
Bagi yang suka berkebun tentu ada bercadang untuk menanamnya sendiri. Sebenarnya mudah saja nak tanam di rumah.
Sebagaimana perkongsian puan Mysarah Mk, beliau telah membeli bongkah cendawan tiram secara online pada harga yang murah.
Hasilnya memang berbaloi. Hingga boleh dituai 6 hingg 8 kali. Nak tahu caranya ikuti penjagaan ini.
CENDAWAN TIRAM KELABU
4 hari je dah boleh tuai. Bongkah boleh beli di shopee banyak jual.. Saya kongsikan cara jaga bongkah cendawan ni daripada penjual yang saya beli bongkah ni
PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM
(1) Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh. (cahaya matahari yang sikit) *saya letak atas rak, bawah sinki yg bertutup tapi buka sikit pintu untuk pengudaraan.
(2) Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan) : (a) buka penutup dan spray air di sekeliling cendawan 3 kali sehari, selepas 7-10 hari, cendawan akan tumbuh
*kalau saya, sehari sekali pun dah cukup, cuma perlu letak kain lembap atas bongkah cndwn & letak 1 bekas berisi air berdekatan bongkah supaya bongkah sentiasa lembap *JANGAN sembur air terus di mulut bongkah ,untuk mengelakkan tumbuh kulat hijau. ** Selepas buka penutup tu, kalau ada mcm kulat lain kt mulut bongkah tu, kena korek buang kulat tu dulu dan : (b) Tutup semula dengan penutup rehatkan selama 7 hari (Semasa tutup, tak perlu siram air lagi) Selepas tu br ikut lgkah (a) di atas.
(3) Selepas petik cendawan, korekkan sisa akar yang tertinggal dan ikut langkah 2(b) di atas. (4)Selepas 7 hari, ikut langkah 2(a) lagi di atas, cendawan akan keluar lagi. Begitulah ulang2 prosesnya 2(b) & 2(a) iaitu :
Selepas korek, rehat 7 hari tutup penutup. Jangan siram. Selepas itu baru siram.
Boleh tuai 6 hingga 8 kali
DaLam 7 hari cendawan mula tumbuh. Lepas tuai korek lagi. **Boleh tuai 6-8 kali. **Untuk yang separuh matang,perlu tunggu 2-3 minggu baru boleh penutup ** Kalau cendawan tidak keluar dalam masa 2 minggu, mungkin mulut tersumbat dengan benih, guna sudu yang bersih korek biji benih dan tutup 7 hari baru buka. ~ Syiokkkk oo tgk dia tumbuh.hari2 belek.. pd yg belum pnh ‘tnm’, boleh la cuba ‘tnm’ cndwn ni pula..best! Harga pun tersangatlah murah, jimat banyak Tahun lepas saya beli, bertahan 9 bulan bongkah ni masih bagi hasil.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.