Antara emosi negatif yang ada dalam setiap diri kita adalah antaranya mempunyai perasaan marah. Atas sebab ini juga, tidak hairanlah dalam satu hari pasti ada sahaja perkara atau tingkah laku anak-anak yang boleh menyebabkan seorang ibu menjadi marah tiba-tiba. Ayat mudahnya, ada sahaja yang tidak kena.
Jika dimarahi sekali sekala itu lumrah, namun andai pantang anak buat silap habis ‘dilahar’, maka tindakan tersebut wajar diambil serius untuk segera berubah. Ini memandangkan perasaan marah itu jika tidak dikawal dengan sebaiknya bimbang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi baran dan suka menengking.
Justeru, menyentuh tentang keinginan untuk berubah menjadi seorang yang lebih tenang, dan sekali gus membuang sifat baran dalam diri. Ada baiknya kita baca perkongsian seorang ibu ini yang mana berkongsi pengalaman dan proses yang dilaluinya untuk berubah daripada seorang yang bersikap baran menjadi seorang ibu yang lebih tenang jiwa, perasaan dan tingkah lakunya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran. Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Ads
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
Ads
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Ads
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.
Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah.
Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku.
Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua.
Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia – ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes HFMD yang semakin meningkat di negara kita ternyata semakin membimbangkan ibu ayah. Mana tidak bimbang bila mana keadaan anak semakin teruk dan demam serta bintik-bintik air semakin menebal pada kaki, tangan dan mulut. Masih tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.
Sedih melihat keadaan anak yang tidak selesa dengan keadaan ini, Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan pesanannya buat mak ayah. Jangan pandang mudah!
HFMD (Hand, foot and mouth disease) Jangan dibuat main!
Sejenis jangkitan virus. Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71).
Simptom yang perlu diberi perhatian. Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti:
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD. Hati-hati dengan kaedah jangkitan.
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ia termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati! Kawal dan asingkan anak-anak.
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
TIP ELAK SERANGAN HFMD
HFMD (Penyakit tangan, kaki & mulut) bukan lagi suatu penyakit yang ‘rare’ di negara ketika ini, memandangkan serangannya yang semakin rakus terhadap anak-anak kecil di Malaysia.
Jangkitan Enterovirus 71 dan Coxsackie virus A16 ini amat mudah diperolehi. Oleh itu, langkah membendung dan mengelakkannya mesti segera ditangani!
Virus HFMD boleh dan mudah didapati pada:
Air mata, cecair dan lendir daripada hidung dan tekak.
Najis pesakit.
Cecair daripada lepuh atau vesikel pada kulit mangsa.
Permukaan mana-mana yang ada virus HFMD. Ia termasuk alat-alat permainan, perkakas di rumah, sekolah, taska, kemudahan awam dan mana-mana sahaja!
Nah, begitu banyak kan virus ini mudah diperoleh? Justeru, bagaimana kita harus membendung dan memastikan ianya tidak menyerang anak-anak kita?
Saya beri beberapa langkah bijak untuk mengelak jangkitan ini
Basuh tangan dengan pencuci dan sabun dengan bersih. Pastikan setiap permukaan, celah-celah jari dan kuku bersih, sebelum dan selepas makan. Juga selepas keluar tandas.
Elakkan bawa anak kecil ke tempat ramai orang. Jangkitan HFMD amat mudah berlaku di tempat-tempat seperti ini.
Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung anda sebelum membasuh tangan.
Kurangkan ‘close contact’ seperti mencium bayi, kanak-kanak, mendukung anak-anak jiran dan orang lain.
Elak berkongsi peralatan dengan orang lain terutama yang disyaki mengalami HFMD. Jangkitan juga mudah berlaku.
Lakukan pembesihan sekerap yang mungkin segala perkakas dan alatan rumah. Ini termasuk perabot rumah, pakaian, katil dan lain-lain.
Pastikan anak-anak tidak menyentuh dan bermain dengan peralatan di kawasan ramai orang secara mudah. Ini seperti alatan permainan di rumah irang, taman permainan, pusat rekriasi dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini membantu.
Kongsi dan sebarkan jika ianya amat berguna untuk anda dan mereka yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor prihatin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...