Anak kita berbeza-beza. Ada yang tahap keyakinannya di hadapan orang ramai terlalu tinggi, namun ada juga anak yang pendiam dan pemalu biar pun dirangsang dengan pelbagai cara.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang pemalu dan pendiam, trik yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini boleh dicuba.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.
Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat.
Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
Ads
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagi semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
Ads
7) Pesan pada anak, bila orang tak nak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Ads
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik
dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragis. Demikian yang boleh dikatakan apabila membaca kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri.
Mangsa ketika itu sedang tidur bersendirian di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang semalam.
Suspek yang bekerja sebagai Anggota Rela turut berada di rumah berkenaann. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pihak polis awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar, pasangan suami isteri, Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan
Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan 3
Disember lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Harian Metro,
bayi diberi nama Nur Medina
Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.
“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir a disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.
“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara.
“Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.
“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.
“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya.
“Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil.
“Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu.”
Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.
Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.
“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.
“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.
Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok.”
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak bersetuju apabila wanita menyalahkan orang ketiga sahaja dalam isu rumah tangga yang diganggu.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, adalah tidak wajar untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja dalam isu curang ini sebaliknya sang suami juga patut dipersalahkan.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang suka curang, kalau isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan curang.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, dapat isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Pokok pangkalnya adalah lelaki itu.
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu suaminya ada hubungan lain, dia salahkan perempuan lain, ‘Its takes two to tango’. Suami bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung perempuan itu. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku,” jelasnya. kepada XTRA ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery, baru-baru ini.
Tambah Che Ta dia juga kurang senang dengan keterbukaan sesetengah wanita dalam mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
“Bagi saya ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial.
“Lebih baik untuk diam. Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi atau berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram, masalahnya bukan suami kita seorang… entah entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini juga percaya bahawa soal jodoh adalah ketentuan dari maha esa.
“Jodoh Allah dah tetapkan, itu semua sebab musabab. Kalau ia ditakdirkan jodoh kita sampai 20 tahun sahaja, itu semua sebab menyebab. Saya takkan ada rasa sedih atau risau. Dah tiada jodoh,” katanya.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.