Lama tidak mendengar berita mengenai pelakon ini yang pernah popular dengan drama Sembilu Kasih. Dalam diam-diam, rupa-rupanya pelakon, Zed Zaidi baru menimang cahaya mata kedua. Lebih menggembirakan apabila dia dan isteri dikurniakan anak kembar.

Zed Zaidi melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Natalia Mustafa selamat menimang anak kembar. Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur! tulisnya di kapsyen.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, itu adalah rezeki dan kurniaan Allah SWT walaupun dia dan isteri termasuk keluarga tidak mempunyai sejarah kembar.

Kongsi Zed lagi, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi kenyataan.

“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki.” 7 Tahun Tunggu Timang Anak Kedua, Zed Zaidi Tak Sangka Gurauan Nak Anak Kembar Jadi Kenyataan

Ads

“Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi,” katanya.

“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki.” 7 Tahun Tunggu Timang Anak Kedua, Zed Zaidi Tak Sangka Gurauan Nak Anak Kembar Jadi Kenyataan

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia,  ini merupakan kelahiran kedua bagi pasangan tersebut selepas dikurniakan anak lelaki Ryan Zikry tujuh tahun lalu.

Zed yang juga pelakon berkata, sepanjang kehamilan isteri, dia menjaga rapi termasuk pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi. Pada masa sama, Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.

Ads

“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki.” 7 Tahun Tunggu Timang Anak Kedua, Zed Zaidi Tak Sangka Gurauan Nak Anak Kembar Jadi Kenyataan

Berkongsi cerita awal kehamilan isterinya, akuinya mereka nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pendarahan. Kebetulan ketika itu, mereka tidak tahu bahawa kandungan tersebut merupakan pasangan kembar.

“Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.

“Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.

Ads

“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki.” 7 Tahun Tunggu Timang Anak Kedua, Zed Zaidi Tak Sangka Gurauan Nak Anak Kembar Jadi Kenyataan

“Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.

“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan,” katanya yang turut menemani isteri dari awal hingga selesai proses pembedahan.

“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki.” 7 Tahun Tunggu Timang Anak Kedua, Zed Zaidi Tak Sangka Gurauan Nak Anak Kembar Jadi Kenyataan

Dalam pada itu, Zed turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya serta rakan-rakannya.

mohammad_irfanhalmi Alhamdulillah syukur. Sekalung tahniah diucapkan buat sdr abg @rozaidijamil dan isteri diatas kelahiran cahaya mata kembar perempuan semalam. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yg solehah, taat kepada ibubapa serta menjadi insan yang gemilang suatu hari nanti.. Insyaalah
Aaminn amin ya raballalaminn

dayahdaus2014 Alhamdulillah tahniah.rezeki Allah.ramai je sebenarnya yg takde keturunan twins dpt anak twins.tu semua rezeki Allah kan.welcome to the club twins.jom join club kembar

emeldarosemila Congratulations zed, Alhamdulillah rezeki dapat kembar!❤️❤️❤️

mardiana_alwi Wahhh alhamdulillahh. Nak gak twin! Haha. Tahniah abg and wife

ashikin.ropiee Alhamdulillah .. ?? congrats bro @rozaidijamil & wife!! Beshnye twins !! Nak jgkk mcm tu ????

Sumber: IG rozaidijamil Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI