Baru masuk tahun baru, rasanya ada yang dah rasa sesaknya kewangan. Iye lah, itu nak bayar, ini nak bayar. Tiba-tiba ada kecemasan, terus tak tahu nak cekau kat mana duit.
Nak berhutang, better jangan biasakan diri. Sebab bila dah terbiasa, takut jadi susah pada diri. Seperti yang dikongsikan oleh cikgu Fadli Salleh ni. Jom sama-sama ikuti perkongsiannya.
Cerita tentang hutang.
1. Berhutang untuk bayar hutang tak menyelesaikan masalah. la hanya menambah beban dan mengusutkan fikiran.
2. Ramai yang terperangkap dalam hal hutang. Ali hutang dengan Abu RM1000. Abu mula minta hutang dia, Ali tak ada duit, Ali pergi pinjam dengan Siti pula.
3. Siti tak ada RM1000, dia cuma boleh bagi RM300 sahaja. Ali pinjam RM300, bayar kat Abu RM200 dulu, RM100 guna untuk keperluan diri. Hutang Ali dah jadi RM1100 dengan dua orang pemiutang. Lagi pening bila dua serentak minta hutang.
4. Ali mula mencari Sarip nak pinjam duit. Sarip bagi RM300. Ali bayar kat Siti RM100, kat Abu RM100. Dia guna RM100 lagi. Hutang dia dah jadi RM1200 dengan 3 orang pemiutang. Lagi ramai dia pinjam, lagi pening kena tekan.
5. Kitaran begitu takkan terhenti. Sama kes orang start pinjam along. Nak bayar bulanan along ni, pinjam along sana. Last-last pinjam dengan 4-5 along serentak dan tak mampu bayar semuanya.
6. Kalau kalian berada di tempat Siti atau Sarip, tak perlu bagi Ali berhutang dah. Biar dia settle sendiri dengan Abu tu.
Ads
7. Kalau kalian berada di tempat Ali, jangan pinjam dah dengan Siti dan Sarip. Minta tempoh masa dengan Abu untuk settlekan hutang. Cukup berhutang dengan seorang, jangan tambah bilangan pemiutang. la hanya menambah masalah
8. Soalnya macam nak settlekan hutang Abu tanpa berhutang? Caranya tiada lain kecuali DUA cara ini
A) Kecilkan komitmen.
– Ada dua kereta, jual satu. Pakai satu cukup.
-Guna motor pergi kerja atau mana-mana
melainkan keperluan bawa kereta. Jimat banyak bawa motor.
Ads
– Yang merokok, berhenti merokok. Jimat dah situ. Tak mampu berhenti serta merta, tukar pada rokok daun sudah. Tak payah eksen hisap D Blend lah.
– Netflix, Astro, barangan ansuran terminate semua. Tak perlu pakai masa tengah sesak ni. Dapat jimat lagi.
– Bil elektrik dan air cuba jimatkan semaksima mungkin. Tutup letrik bila tak guna. Jangan bazirkan air. Dah jimat lagi. Tahan keinginan nak tengok wayang ke, nak minum Starbucks ke, nak beli blender viral ke. Tahan selagi hutang tak settle. Nampak nilai segelas Starbucks cuma RM16 sahaja. Tapi kalau sebulan kau beli 5x, tak ke dah jimat hampir RM100 kalau tak beli?
– Makan di rumah. Memasak. Jimat sangat banyak. Kalau berjimat dan kecilkan komitmen seperti cara di atas, aku yakin banyak ratus juga kalian akan dapat lebihan setiap bulan. Lebihan tu terus je bayar ansur-ansur kepada Abu sampai hutang settle.
B) Jana side income
Ads
Buat apa jua kerja yang boleh jana income tambahan.
– Jangan gatal-gatal cuba nak berniaga. Kerana berniaga perlukan modal. Dan berniaga tak semestinya untung. 3-6 bulan pertama perniagaan biasanya dalam rugi sebelum orang kenal produk dan perniagaan kita.
– Buat job yang tak perlu modal. Contoh, bawa grab. Food panda. Jadi runner beli barang.
Boleh juga jadi dropship apa-apa produk. Jadi dropship tak perlu sesen modal pun. Bahan pemasaran semua mereka sediakan. Mudah.
Okeh. Tu ja perkongsian pagi ni. Sedikit panjang, namun InsyaAllah bermanfaat.
Lumrah anak-anak kecil, pantang nampak kolam air mesti hendak berendam sahaja tahunya. Begitu juga bila nampak air hujan, mesti teruja bermain hujan.
Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu tentang ragam anaknya mandi lopak air dek kerana tidak dibawa mandi kolam. Jom ikuti perkongsian menarik dan agak lucu juga jika dilihat.
Ini perkongsiannya.
Terkejut ummi…Ada cikgu bagi tahu…”Ita anak ko main air!!”.Ingatkan sikit-sikit je…rupanya dia berenang…abangnya tegur..abangnya kena kejar.
Bila tanya…jawapan dia…ummi tak nak bawa adik mandi kolam kenapa?. Ummi malas nak kejar..nanti dia lari keliling sekolah…Ummi yang penat.
Seronok berganda-berganda bila ramai penonton.
#Anak anugerah illahi.
Sungguh inspirasi perkongsian ibu ini yang sanggup melupakan perbelanjaan kemahuannya untuk memberi keperluan yang terbaik kepada anak. Melupakan beg, kasut dan baju baru demi menyediakan vaksin buat anak tersayang, perkongsian puan Noor Fadhila Bakri di laman facebooknya memang pilihan yang tepat. Pastinya kesihatan anak adalah keutamaan kita.
Survey Harga Vaksin
Alhamdulillah. Selesai 1dos vaksin Pneumococcal utk Iman Zahrawi. Lama jugala dila survey harga vaksin ni dan yg paling murah dila jumpa dkt Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.
Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini drpd membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yg memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’
Apa itu Vaksin Pneumococcal
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Beza Batuk Biasa dan Pneumonia
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Dua Jenis Vaksin Pneumococcal
Vaksin Pnemococcal ni ada dua jenis, Synflorix (melindungi anak drpd 10 jenis bakteria) dan Prevenar (melindungi anak drpd 13 jenis bakteria).
Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.
Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih @ anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. Btw, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.
Ini bukan paid review. Sy sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dptkn vaksin ni pada harga yg berpatutan. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.
Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.
Ikuti perkongsian Dr Dr Rozanizam Zakaria mengenai 7 ‘JANGAN’ dalam mendidik anak mengendalikan stress.
Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.
1. Jangan ajar teknik burung unta.
Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.
2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda.
Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.
3. Jangan ajar mereka one-way trip.
Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.
4. Jangan jadi model yang salah.
Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.
5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress.
Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving, berbual, simple hugs.
6. Jangan lupakan keperluan asas emosi.
Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.
7. Jangan lari.
Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.