Setiap kita punya nostalgia dan kenangan yang tersendiri untuk dikenang. Malah tidak dinafikan mengenang kembali momen atau peristiwa lalu boleh membuatkan kita rasa bahagia dan rindu kepada seseorang.
Begitulah yang berlaku pada seorang guru yang menjumpai duit syiling pemberian arwah ayahnya 51 tahun yang lalu. Menemui wang syiling RM1 itu cukup memberi makna kepadanya dan sekali gus mengimbau kenangan lalu di zaman kanak-kanak.
Memetik berita lanjut di Harian Metro, turut difahamkan penemuan duit syiling berusia 51 tahun dan satu syiling berusia 38 tahun bernilai RM 1 itu terjadi apabila cikgu Ahmad Zaharudin Amin mengemas rumahnya di Bandar Behrang 2020.
Ahmad Zaharudin Amin, 52, berkata, syiling berusia 51 tahun berkenaan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1971 dan 1984.
Duit Pemberian Ayah
Menurutnya, syiling terbabit adalah pemberian arwah ayah yang juga peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor ketika masih kanak-kanak lagi.
Ads
” Saya masih teringat ketika arwah ayah memberikan syiling berkenaan setiap kali menyambut hari lahir lalu saya menyimpan tetapi selepas itu saya tidak ingat di mana tempat saya menyimpan syiling terbabit.
” Baru-baru ini, semasa saya mengemas rumah dan terjumpa duit syiling berkenaan di dalam sebuah bekas masih lagi dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui, dekat sini.
Ahmad Zaharudin mengakui, dia percaya duit syiling terbabit mempunyai nilai kepada mereka yang suka mengumpul barang antik atau duit lama.
Ads
Katanya, duit syiling yang dijumpai itu mengamit kembali nostalgia ketika zaman kanak-kanak.
” Zaman dahulu duit syiling bernilai RM1 amat bernilai jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana dengan duit berkenaan macam-macam barang boleh dibeli,” katanya.
Menurutnya, duit syiling berkenaan memang unik dengan tulisan dan saiznya yang agak besar bagi memudahkan orang ketika itu berurusan ketika berjual beli.
Bento, sekali pandang memang menarik dan kita ibu-ibu ni merasakan anak mesti suka kalau dibekalkan makananan seperti itu bila ke sekolah. Cukup cantik sekali.
Namun bila fikirkan masa dan renyah untuk sediakan, lebih-lebih lagi mestilah perlu disediakan di awal pagi. Terus keinginan ini terbantut.
Pun begitu tidak bagi Hany Nanni ini. Cukup rajin & kreatif. Jom kita lihat hasil air tangannya.
.hakak nak share sebahagian dari bento anak hakak ke sekolah..belajar dari google, pinterest n utube..masih bertatih dalam bab membento ni,harap sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada sahabat untuk anak-anak bawa masa sesi persekolahan yang akan datang ni.
Masak yang simple sahaja,Alhamdulillah anak suka..
Ini antara yang dihasillkan :
Sangat cute, malah sentuhan yang lebih memenangi hati anak lelaki pun ada dihasilkan olehnya.
Dan banyak lagi yang dikongsikan olehnya diakaun fbnya.
Untuk itu semoga bermanfaat dan dapat memyuntik inspirasi kepada ibu-ibu untuk sediakan semua ini untuk persekolahan tahun hadapan.
Jadi pasti tidak ada lagi anak-anak mengadu makan di sekolah tak sedap atau sebagainya, sebab hari-hari kita bekalkan yang enak-enak.
sumber :Ha Nie via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramadhan semakin beransur pergi dan Syawal akan menjelma lagi. Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri adalah hari kejayaan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa dan mengawal hawa nafsu serta menunaikan ibadah tertentu seperti menunaikan solat terawih, di samping berinfak dan menunaikan zakat.
Ia bukan sahaja merupakan masa untuk bersyukur dan bersuka ria, di samping peluang untuk pulang beraya di kampung bersama sanak saudara, tetapi juga sering kali menjadi masa di mana perbelanjaan meningkat dengan amat ketara. Walaupun adalah penting untuk merayakan dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan, mengawal perbelanjaan semasa musim ini adalah penting untuk memastikan keseimbangan kewangan dan mengelakkan tekanan beban kewangan selepas perayaan.
Menurut, Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, jika tidak berhati-hati dengan perbelanjaan menyambut hari raya, kita berkemungkinan besar akan terperangkap dalam bebanan hutang yang mengganggu emosi diri dan malahan keluarga. Pada perayaan kali ini, kita berhadapan dengan tiga perkara yang besar iaitu anak baharu memulakan persekolahan, bulan Ramadhan dan hari raya Aidil Fitri. Kesemuanya memerlukan perbelanjaan yang besar.
Anak-anak baru sahaja memasuki persekolahan, kolej atau universiti, pada masa sama dalam bulan Ramadhan ada yang berbelanja untuk persiapan hari raya. Sewaktu raya, kita sering merayakannya sepanjang bulan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka, pulang ke kampung, ada yang menukar perabot baharu, ada yang menukar kereta baharu dan lain-lain. Setidak-tidaknya, kereta perlu diselanggara, tayar perlu dipastikan di dalam keadaan baik untuk perjalanan balik kampung.
Secara amnya, perbelanjaan akan meningkat lebih dari bulan biasa. Justeru, beberapa panduan boleh digunakan untuk menghadapi raya pada kali ini dengan mengambil kira faktor “ukur baju di badan sendiri”.
Tetapkan Anggaran Bajet Perbelanjaan
Sebelum memulakan perbelanjaan untuk Aidilfitri, penting untuk menetapkan anggaran bajet yang munasabah. Ambil kira pendapatan, perbelanjaan sedia ada, dan perbelanjaan tambahan Aidil fitri yang perlu diberikan. Setelah menetapkan jumlah yang sesuai, berusaha untuk mengikuti kepada anggaran bajet tersebut.
Rancang Belanja Hari Raya Lebih Awal
Elakkan daripada membuat pembelian yang terburu-buru. Rancang belanja awal untuk barangan seperti pakaian raya, bahan makanan, dan duit raya yang akan diberikan. Kita juga digalakkan untuk membuat tabungan khusus bagi perbelanjaan seperti ini.
Hadkan Perbelanjaan untuk Pakaian Raya
Pakaian raya sering menjadi salah satu perbelanjaan terbesar semasa Aidilfitri. Tetapkan had yang munasabah untuk perbelanjaan pakaian raya dan cuba untuk tidak melebihi jumlah tersebut. Cuba untuk mempertimbangkan untuk membeli pakaian raya yang lebih sederhana atau menggunakan pakaian yang sedia ada. Yang penting pakaian yang digunakan pada hari raya adalah bersih dan tidak semestinya baharu. Kaum lelaki tidak mempunyai masalah dalam bab pakaian tetapi kaum wanita agak prihatin bab pakaian seperti mahu pakaian hari raya yang sedondon pada hari raya pertama, kedua atau ketiga. Jika mahu melakukan sedemikian, pastikan masih di dalam anggaran bajet yang telah ditetapkan.
Buat Senarai Belanja
Sebelum memulakan belanja, buat senarai yang terperinci mengenai barangan yang diperlukan. Ini membantu mengelakkan pembelian impulsif dan memastikan anda membeli hanya apa yang diperlukan. Pastikan untuk menyemak senarai belanja semasa berada di kedai untuk mengelakkan pembelian impulsif dan pembaziran.
Elakkan Berlebihan dalam Persiapan Rumah
Sering kali, perbelanjaan semasa Aidilfitri tidak terhad kepada pakaian dan makanan sahaja, tetapi juga kepada persiapan rumah seperti hiasan dan perabot baru. Cubalah untuk mengawal perbelanjaan ini dan berfokus pada perkara yang benar-benar diperlukan. Kita perlu memahami konsep perbelanjaan menurut Dharuriyat, Hajiyat dan Tahsiniyat.
Perbelanjaan dharuriyat adalah perbelanjaan kepada keperluan asas, manakala perbelanjaan hajiyat adalah perbelanjaan yang akan memudahkan kita sementara itu perbelanjaan tahsiniyat adalah perbelanjaan barangan mewah. Penuhi keperluan dharuriyat seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan yang perlu dikeluarkan setiap bulan tanpa gagal. Jika kita berbelanja sepenuhnya pada hari raya, kemungkinan kita tidak dapat memenuhi keperluan asas pada bulan akan datang.
Berpada-pada Menghias Rumah
Pada hari raya, kita sering menjemput sanak saudara dan rakan taulan untuk bertandang ke rumah. Jangan ragu-ragu untuk menggunakan bahan yang sedia ada untuk hiasan rumah dan kita tidak perlu untuk menggantikan langsir, perabot dan permaidani baharu. Cukup dengan bersederhana dengan menjadi sedikit kreatif tanpa perlu membelanjakan banyak wang.
Sediakan Dana Kecemasan
Walaupun kita berusaha untuk mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri, adalah bijaksana untuk menyediakan dana kecemasan untuk sebarang perbelanjaan tak terduga atau keperluan mendesak selepas perayaan.
Utamakan Kebahagiaan Emosi dan Sosial
Akhirnya, ingatlah bahawa Aidilfitri adalah masa untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan. Lebih daripada sekadar perbelanjaan, berikan keutamaan kepada kebahagiaan emosi dan sosial anda. Raikan perayaan yang bermakna tanpa menekan diri dengan perbelanjaan yang berlebihan.
Dengan mengikuti panduan-panduan ini, kita boleh mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri dengan lebih efektif, memastikan keseimbangan kewangan dan membolehkan kita menikmati perayaan dengan lebih tenang. Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga perayaan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda dan keluarga.
Sumbangan artikel: DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Felo Penyelidik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia
Exco Malaysia Consumer and Family Economy Association (MACFEA)
Penulis Buku Saham https://bit.ly/2Ivf1cU
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...