Siapa sangka duit RM40 yang diberikan oleh anak, Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11, adalah kenangan terakhir bagi seorang bapa, Mohd Arifin Syamsuddin sebelum anaknya itu meninggal dunia dalam kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, petang semalam.
Mohd Arifin, 32, berkata pada mulanya dia enggan menerimanya, namun anak sulungnya itu berkeras tetap mahu memberikan kepadanya dengan alasan boleh digunakan ketika mereka bercuti nanti.
Selain pemberian itu, tiada perubahan sikap yang berlaku terhadap anaknya itu, cuma kanak-kanak itu meminta untuk menaiki kereta Perodua Myvi yang sama dengan sepupu mereka.
“Selama ini kami sekeluarga tidak pernah menaiki kereta berasingan ketika bercuti, namun kali ini anak saya itu mahu menaiki kereta Myvi bersama sepupu mereka, kami berkonvoi tiga kereta menuju ke Mersing untuk bercuti.
“Ketika kejadian, saya yang berada di hadapan terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah belakang dan terkejut bila lihat ada kenderaan lain melintang di tengah jalan, sedangkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki anak saya tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di perkarangan hospital, malam tadi.
Ads
Mohd Arifin berkata dia yang memandu kereta Perodua Bezza terus membuat pusingan U dan mendapati kereta Perodua Myvi terbabit sudah terbalik di bahu jalan dan terus meluru keluar menyelamatkan mereka.
Dia berkata ketika usaha menyelamatkan mereka yang berada di dalam kereta itu, dia mendakwa terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada pagar yang berada di kawasan berkenaan, namun tidak mempedulikannya kerana nyawa ahli keluarga lebih penting.
“Pada mulanya saya bersama pakcik berusaha untuk mengeluarkan mangsa, namun dia yang mempunyai penyakit jantung memberhentikan hasratnya itu.
Ads
“Orang ramai yang berada di lokasi tidak berani turun ke kawasan itu tetapi saya terus nekad untuk menyelamatkan mangsa satu persatu bermula dengan mendukung anak saya,” katanya.
Selain Mohd Ashraf Rafiq, mereka yang meninggal dunia ialah pasangan adik beradik Muhammad Zharfan Noramin, 16, dan Muhammad Syakir Noramin 11; Siti Nurzannah Kahdar, 26; Masrina Kahdar, 21 dan Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22.
Terdahulu, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing, sebelum kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung kereta Honda Stream di lokasi berkenaan pada pukul 4.40 petang, semalam.
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampang pada Khamis lalu akibat paras diabetes yang tinggi.
Khabar ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion di mana Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibu yang kurang bermaya.
Pun begitu, keadaan Mak Jah ketika ini adalah semakin baik berbanding sebelumnya termasuk bacaan paras diabetes.
“Selepas menerima rawatan, keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun,”ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 73 tahun itu masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik.
Tukiman berkata demikian ketika dia hadir meluangkan masa melawa Mak Jah bersama Timbalan Presiden PKAVM, Amran Nasarudin dan Chef Yang Jamil (Setiausaha PKAVM) semalam.
Dalam pada itu, Tukiman meluahkan kesyukuran atas perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Mak Jah ketika mereka sedang melawatnya di hospital.
“Alhamdulillah, dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral.
“Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya,”ujarnya.
Di kesempatan itu, Tukiman dan ahli PKAVM mendoakan Mak Jah kembali sembuh seperti sediakala memandangkan dia seorang yang aktif dan sering terbabit dalam program anjuran persatuan.
“Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.
“Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan.” katanya.
Malah, dia juga memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!
Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!
1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.
3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda dengan penuh yakin!
4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.
5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...