Kisah aku hilang duit dalam akaun selepas buat tempahan servis mengemas rumah.
Tak sangka benda ini berlaku dengan sangat pantas. Dan macam tak sangka lah macam mana diorang boleh curi duit aku.
Mula-mula aku tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan.
Aku pon menekan button whatsapp yang diberikan dalam iklan tersebut.
Dalam perbualan whatsapp aku diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh download melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid.
Aku isi segala maklumat dalam aplikasi tersebut untuk menempah servis yang mereka ada.
Kemudian masuk dekat bahagian bayaran. Hanya ada bayaran menggunakan FPX. Dan aku memilih untuk membayar menggunakan maybank2u.
Semasa aku hendak buat bayaran, setiap kali aku masukkan Username dan Password akan berlaku error. Sedangkan username dan password adalah yang betul.
Kerana banyak kali mencuba dan tidak berjaya, aku pon snaplah gambar transaksi yang tidak berjaya dan hantar semula kepada nombor tadi.
Nombor tadi melakukan semakan dan menunjukkan memang tempahan aku masih lagi belum selesai. Lalu mereka setuju untuk tempahan aku dibayar selepas servis.
Tamat perbualan aku tadi.
Terima notifikasi
2 jam kemudian. Kejadian tak diingini semua orang berlaku. Tiba-tiba aku terima notifikasi transaksi yang bukan aku buat. Mulanya hanya 1 transaksi. Aku jadi bingung kerana aku tidak ada lakukan transaksi tersebut.
Aku terus menelefon Maybank Customer Service punya nombor. Semasa menunggu customer service angkat call. Dua lagi transaksi dilakukan. Dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun aku sekelip mata.
Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC daripada nombor telefon aku dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon ku. Benda berlaku sekelip mata. 3 transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun aku.
Taktik
Ini yang aku rasa tektik yang mereka guna:
Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.
Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.
Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal.
Tak sangka sncammer
Ads
Kalau korang baca cerita ini mungkin akan berasa salah aku kerana aku terpancing untuk menekan link aplikasi dan membuat bayaran didalam aplikasi berkenaan. Bermaksud aku sendiri yang mendedahkan maklumat aku.
Tetapi aku tidak sendiri tidak menyangka yang scammer menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan maklumat kita. Jadi aku dedahkan cara ini supaya tak ada siapa yang kena.
Lagi pelik transaksi itu tidak menghantar kepada nombor telefon aku untuk permintaan TAC ataupun permintaan kebenaran pemindahan wang. Kebiasaannya transaksi kepada pihak ketiga sama ada perlu isi TAC ataupun perlukan kebenaran transaksi melalui telefon bimbitku. Barulah transaksi tersebut boleh dijalankan.
Sekarang ini aku kena tunggu hari isnin baru boleh teruskan proses aduan aku. Sementara ini, akaun Maybank aku telah dibekukan. Hanya transaksi masuk sahaja boleh. Transaksi keluar dan segala maklumat akaun aku tak boleh nak semak.
Hilang RM18.7K!
Aku memohon doa-doa kalian supaya proses aduan aku berjaya. Dan duit yang hilang ini dapat dikembalikan semula. Duit yang hilang jumlahnya agak besar bagi aku. Kerana ia termasuk wang KWSP dan juga komisen kerja yang aku baru terima.
Aku cuma boleh cakap, aku terpilih untuk melalui pengalaman discam sebegini rupa. Dan aku harap pendedahan yang aku buat ini dapat mengelakkan orang lain pula yang discam.
Jom kita hentikan jenayah scam ini.
Apa-apa pun, kalian doakan aku berjaya dapat semula duit yang hilang itu ya.
Dan minta kalian hati-hati dan jangan jadi seperti aku. Sayangi duit anda. Alihkan simpanan ke tempat yang lebih selamat.
Ads
Dekat sini saya sertakan video dari Maybank tentang malware scam ini.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.
Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Jika sebelum ini, Qadejah mewarisi masalah tersebut, terbaru, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem turut disahkan mengalami masalah yang sama.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman instagramnya usai membawa Baem bertemu pakar bagi mengesahkan perkara tersebut.
“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya,” kongsinya menerusi Instagram.
Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.
“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.
“Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.
eyra_amieraJgn isau datin, disleksia nie ada keistimewaan dia juga. Ada ja disleksia yg berjaya cthnya lee kuan yew ahli politik, whoopi goldberg pelakon, leonardo da vinci artis, albert einstein saintis….. Mereka2 nie mempunya pemikiran yg kratif, imaginasi yg kratif, mampu berfikir dalam pelbagak sudut dan berkemahiran dlm sukan. ❤️Dont worry. 😇Never stop to pray. InshaAllah xdak apa2. Kita semua sama datin
Berjaya seperti ayahnya
massie7513Anak anak hebat nie datin. Mendiang Mr Lee Kuan Yew pun ada dyslexia. Salam dari singapura. Saya juga mengajar murid murid dyslexia. Mereka orang yang hebat lagi creative
azreennnnnnnn_Disleksia ni boleh sembuh kann..bukan selamanya masalah pembelajaran..its okay..baem ni pun nampak bijak..petah bercakap👍
intankitchen_Xpe..baim blh berjaya jugaaa..cnth terdekat..ayahnyaaaa👏👏
Malah ada yang berkongsi pengalaman memiliki anak yang mengalami masalah disleksia.
Petah bercakap
my_lovely_1991Contoh macam mana ya disleksia.. Anak saya 6 tahun, x. Petah bercakap Dan lambat belajar
daud_rozitaAnak sy pun dyslexia jugak…tapi lepas masuk Al-Ghazali Special kids Ctr dia dh ok…skrg tahun 1 di skolah biasa dan still continue kt kt AlGhazali pada hari Sabtu😊
sharinahawangmatOk tu blum trlmbat,saya pn ada sorang 10 thn pnglman jenuh thn 3 bru lancar mmbaca sntiasa trblik ape yg diajar cth kasut tp kelebihannya anak yg baik sgt,dgn kerjasama cikgu & kita ibubapa…saya pn sama zmn knk2 thn 3 bru pro,dulu perkara mcm ni tk heran pn tgk2 dh boleh menulis mmbaca .
Kefahaman makin bertambah
noor.aiin.rosliI have kid dyslexia too….no worries datin @shahidadherbs …baem become good after get a new environment there…
faizahadi74Disleksia.. Anak saya pun sama datin.. Tetapi kebanyakan mereka masa kecil aje nt dh meningkat dewasa perfahaman mereka lagi bertambah kini dh berusia 19 tahun baru habis belajar.. Alhamdulillah
Meskipun penceraian masih belum disahkan di mahkamah namun isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menunggu lama untuk bangkit dengan kehidupan baharu malah sudah pun memulakan perniagaan secara atas talian.
Memilih untuk hidup berdikari, kata Shuhada, 29, perniagaan yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri itu diharap dapat menjadi pembuka jalan dalam menyara kehidupan bersama dua anaknya tanpa mengharapkan belas
kasihan orang lain.
“Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal.
“Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini. Shuhada tak mahu bergantung kepada sesiapa selepas bergelar ibu tunggal.
“Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak,” katanya.
Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut disertakan dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.
Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia berharap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain.
“Saya di sini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak.
“Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik,” jelasnya.
Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang heboh diperkatakan sebelum ini menemui titik nokhtah apabila pelakon itu melafazkan cerai melalui panggilan telefon pada Rabu.
Isu antara mereka bermula apabila Hafidz dikatakan berlaku curang dan kemudian muncul wanita bernama Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati – 1/6
2) Ibu si mati – 1/6
3) Isteri – 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Kredit: Areena A Rahman, PerundingMyPusaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...