Apabila hari raya, tentu anak-anak akan dapat sejumlah duit raya yang banyak daripada pemberian saudara mara, ibu bapa dan nenak dan atuk di kampung. Malah apabila dikumpul anak-anak akan mendapat sejumlah wang yang banyak.

Melalui perkongsian ini, isu duit raya anak dibincangkan mengenai apa yang ibu bapa harus lakukan.

“DUIT RAYA ANAK IBU BAPA BUAT APA?”

“Tiap kali raya…. ayah akan ambil duit raya Amir…. Mula mula ayah cakap nak simpan… tapi bila tanya balik ayah cakap duit dah habis guna beli barang rumah….. Kawan kawan Amir semua ada duit raya… Tapi Amir tak”

Amir, anak kecil berusia 6 tahun.. sy interviewnya semalam… sepanjang life merasa raya… Amir usually dapat hampir 600 ringgit disebabkan Amir ada ramai ibu & ayah sedara….. disebabkan tu Amir memang ‘kaya’ setiap kali raya & setiap kali itu jugalah.. ayahnya ‘kebas’ duit Amir ?

Ads

Pengakuan ini juga dibuat kakak Amir, yang juga melalui perkara sama sejak 12 tahun lalu…. duit mereka digunakan ibu ayah sendiri demi kepentingan diri.

“Mak akan guna duit untuk bawa kami makan makan & beli perabot rumah… kalau ayah dapat.. ayah guna duit untuk bayar bil bil rumah…. & sampai hari ni saya tak beli apa apa pun macam kawan kawan yang lain…. ” – Amira

Ads

Janganlah spoilkan dunia kanak kanak anak ini… biarlah mereka menikmatinya…

Dalam kes ni… Amir & Amira masih kecil… thats y diorng terasa… if anak2 yg dh sedikit besar & mudah faham.. insyaAllah diorng faham keperluan & kehendak ibu ayahnya. 

Ads

“Duit Raya Anak, Ibu Bapa Buat Apa?” Deep Perkongsian Ini.
Pengajaran untuk terus menjadi ibu ayah hebat…
fakta mengenai DUIT RAYA ANAK. 
1. Haram bagi ibu ayah yang menggunakan duit raya anak utk kepentingan peribadi. 
2. Anak anak tidak tahu menguruskan duit… so ibu ayah bertanggungjawab sebagai pemegang amanah sehinggalah mereka pandai menguruskannya sendiri. 
3. Katakan terdesak…. ibu ayah boleh meminjam.. SYARATNYA gantikan kesemua duitnya kembali. 
4. “Walaupun dalam keadaan terdesak sehingga memudaratkan anak seperti membayar bil elektrik kerana bimbang dipotong, namun ibu & ayah perlulah menggantikannya semula ” – Ustaz Azhar Idrus

Tipsnya :
1. Sampul/beg khas : Sepatutnya sebelum hari raya… ibu@ayah dah boleh siapkan 1 beg khas untuk anak. kalau anak ramai letakkan nama & bila dpt duit raya masukkan siap2 ke dalam beg mereka… 
2. Pegang niat – Ketahuilah… dengan duit2 raya anak ibu&ayah boleh membuat pelaburan buat mereka. & sesungguhnya pelaburan untuk masa depan ini sangatlah penting berbanding ‘enjoy’.

Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama agar kita menjadi ibu bapa yang menjadi teladan kepada anak-anak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas anak-anak. Moga muhasabah diri.

Kredit : Owner via Duit raya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI