“Duit KWSP Simpan Emas Boleh.” Rupanya Begini Cara Betul Jana Duit, Pakar Kewangan Ini Jelaskan.

Share

Tak lama lagi pada 20 april rakyat Malaysia akan memohon permohonan pengeluaran KWSP sebanyak RM10K.

Ramai yang teruja tapi ada juga keliru untuk untuk membuat pengeluaran atau tidak.

Tak perlu pening-pening kepala, ikuti penjelasan pakar kewangan ini, Azizul Azli Ahmad.

DUIT KWSP SIMPAN EMAS BOLEH?

Begini dik,

Adik kena faham setiap tabung ini dan jenis jenis instrument pelaburan sebelum adik nak melabur.

1. Tabung KWSP adalah tabungan ‘paksa’ oleh setiap negara agar rakyatnya bila dah tua tak hidup merempat dan susah sebab tiada simpanan.

Semua kerajaan buat benda sama. Paksa kita dan majikan mencarum untuk kita.

2. KWSP siap bagi dividen setiap tahun pada penyumbangnya agar simpanan adik berganda.

Emas tiada sifat ini. Duit yang kita simpan dalam emas akan ‘mati’ dalam emas. Macam kita beli tanah lot. ‘Duit dalam tanah’ saya istilahkan.

3. Bagi saya emas adalah penyimpan nilai yang baik, bukan pelaburan yang baik. Ia simpan nilai duit kita kesan inflasi atau susut nilai. Maka ada duit lebih, simpanlah emas.

Duit KWSP bukan duit lebih pada saya.

4. Emas juga pelaburan jangka ‘sangat panjang’ pada saya. Ketika kita ingin jual kembali ada perbezaan nilai antara harga jual dan beli.

5. Jika kita tukar RM10,000 kepada dinar emas, kita boleh beli 10 Dinar pada harga RM11,149 hari ini. Berapa nilai jangkaan 10 dinar ini 20-30 tahun akan datang?

Apakah akan lebih baik dari KWSP?

Sebagai bandingan,

Jika kita kekal menyimpan RM10,000 dengan kadar 5.6% selepas 20 tahun akan menjadikan duit kita RM30,568.80

Jika kita biarkan selama 30 tahun dengan kadar 5.6% duit kita akan jadi RM53,446.20 sahaja.

6. Maka kita kena tanya diri kita, emas 10 dinar yang kita beli hari ini bolehkan gandakan jadi sebanyak ini atau tidak?

Apakah kita yakin kita tak akan bawak dinnar ini jual kembali atau pajak dalam tempoh 20-30 tahun lagi?

Adik adik,

Kalau adik adik nak keluarkan juga KWSP tak perlu cipta apa apa alasan.

Keluarkan sahaja. Itu duit adik adik.

Kita akan cipta macam macam alasan sebab kononnya duit kita.

“Duit aku, ikut suka aku la. Nanti mati tak sempat merasa”.

“Dik, kalau adik meninggal anak bini, mak ayah akan sempat merasa duit adik. Hidup ini bukan untuk kita sahaja, hidup untuk jana pahala juga”.

Abang walau selalu tulis galakkan orang BELI EMAS dan simpan. Abang tetap tak galakkan kengkawan abang guna duit KWSP ini.

Nak keluar, keluarkan sahaja. Jangan cipta alasan nak beli emas atau gelang pulut dakap.

Nanti orang tahu kita tak faham kira kira. Biar muka kita lawa, janji nampak bijak.

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas Juga