Duit KWSP
hampir sejuta habis licin, pesara menyesal tak sudah. Setelah bertahun-tahun bekerja dan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiba masanya untuk menikmati hasil simpanan anda selepas bersara.Namun, apakah kegunaan utama duit KWSP selepas bersara? Duit KWSP selepas bersara memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan dan kehidupan yang selesa.
Perancangan yang bijak dalam menggunakan simpanan KWSP boleh membantu memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin dan tenang. Oleh itu, adalah penting untuk merancang penggunaan simpanan ini dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan jika perlu.
Bagaimanapun lain pula jadinya dengan seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperolehnya habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.
Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.
Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.
“SAYA MENERIMA WANG PERSARAAN BERJUMLAH RM750,000 IAITU RM500,000 AKAUN 1 MANAKALA RM250,000 AKAUN 2.
“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.
“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya.
Kos sara hidup tinggi, harga barang mahal faktor wang persaraan cepat habis
Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.
“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: KWSP Terima Permohonan Pindahan Ke Akaun Fleksibel Sebanyak RM8.78 Bilion Setakat 22 Mei 2024
Struktur Baru Akaun KWSP, Duit Kecemasan, Ramai Tarik Nafas Lega
Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my