Rupanya Duit Koyak Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Di Bank Negara. Kalau Simpan Je Rugi!

Share

Walau hanya sekeping kertas RM1 sekali pun tapi bila namanya duit memang kita akan hargai kerana ada nilainya. Walau koyak sekali pun, biasanya kita tidak akan buang. Terasa sayang pula dan tetap kita simpan.

Tapi tahukah anda cara menyimpan duit yang telah koyak sebenarnya merugikan anda.  Lebih baik anda tukar wang tersebut kerana masih ada nilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM)

 

Dalam satu perkongsian di laman sosial Twitter, Abdul Rahman berkongsi info berkenaan duit kertas yang ditukarkan di BNM mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.

Tip duit terkoyak :

Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.

Secara mudahnya, jika duit kertas terkoyak sedikit kita boleh dapatkan nilai yang sama dengan duit yang rosak. Jika koyak separuh, itu bermakna kita akan dapat nilai separuh daripada duit tersebut, namun jika koyak dua iaitu separuh daripada saiz duit kertas tersebut itu bermakna wang tersebut sudah tidak mempunyai nilainya.

JIKA BNM JAUH, NAK BAWA KE MANA?
Ada juga pengguna di laman Twitter yang bertanyakan bahawa jika cawangan Bank Negara jauh dari kawasan, boleh atau tidak pergi ke cawangan lain? Sebenarnya anda boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan.

Meninjau di laman web BNM ada diberikan secara detail berkenaan gantian nilai untuk bukan sahaja wang yang koyak malah jika wang berconteng juga. Ini infonya.

Gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran semula tertakluk kepada
garis panduan seperti yang berikut:
a) Saiz wang kertas
• Nilai penuh – Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Nilai separuh – Lebih 1/2 tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Tiada nilai – Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas

b) Wang kertas yang berconteng
• Nilai penuh – Contengan yang sedikit
• Tiada nilai – Contengan yang ketara, contengan tanda pada potret SPB
Yang di-Pertuan Agong atau contengan berunsurkan politik, agama atau
perkauman.

Sumber : Twitter @RahmanIsmail_ dan Bank Negara Malaysia

ARTIKEL MENARIK: Susu Bila Dah Buka Akan Tahan 3 Hari Je. Lebih Daripada Tu Kena Buang!

LAGI ARTIKEL MENARIK : Lelaki Ni Beli Peti Ais Lama Secara Online, Di Dalamnya Ada Duit Bernilai Lebih RM400K!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club